Lana Nodin dedah suami sekarang pergi kelas iqra, kejut bangun solat subuh

Oleh ISMAIL YAHYA

Bukan senang untuk berkahwin dengan mereka yang baru memeluk Islam andai iman diri sendiri tidak kuat.

Kadang kala setiap manusia sudah terbiasa dengan tabiat sebelum memeluk Islam maka agar sukar meninggalkan perkara lama.

Buat pelakon Lana Nodin yang menikahi pemain bola tampar Amerika Syarikat

David McKienzie, dia mengakui teruja suaminya semakin mendalami Islam lapor Kosmo! Online.

Selepas sembilan tahun berkahwin, suaminya kini sangat berdisiplin dalam ibadah solat termasuk tidak pernah meninggalkan solat Jumaat.

Lana Nodin dedah suami sekarang pergi kelas iqra, kejut bangun solat subuh

“Selama berkahwin perubahan paling ketara dalam diri suami adalah daripada susah solat sekarang menjadi mudah solat.

“Dia juga sangat tepati waktu dan disiplin serta tidak pernah gagal ke masjid untuk solat Jumaat.

“Jika dia ada pertandingan di luar negara, dia akan hubungi saya untuk memastikan isterinya bangun solat subuh. Kami saling mengingatkan antara satu sama lain tentang solat.

“Pada saya ini adalah kebahagian tetapi saya jarang berkongsi perkara sebegini kerana bimbang penyakit ain,” ujar Lana seperti dipetik Kosmo! Online.

Kongsi Lana lagi, suami mudah menerima ajaran Islam kerana pernah menetap di Abu Dhabi selama tujuh tahun sebelum berkahwin.

Kini suaminya, david juga mengikuti kelas mengaji Iqra bersama-sama anak sulungnya malah memaklumkan mereka sama-sama memperbaiki diri.

“Setiap Ahad selama dua jam saya memang jemput ustaz dan ustazah yang merupakan pasangan suami isteri untuk mengajar anak dan suami mengaji bermula daripada Iqra.

“Satu jam mengaji dan satu jam lagi untuk kelas agama. Saya pun tidak sempurna dan pandai, jadi apa sahaja kemusykilan akan ditanya terus jadi suami lebih mudah faham,” ujarnya.

Dedahnya juga anak sulungnya, Gua Quinn juga sudah melakukan solat lima waktu malah marah jika tidak berjemaah dengan bapanya.

“Sekarang saya dalam proses mengajar suami menjadi imam dalam solat. Walaupun hanya pandai baca surah al-Fatiha dan tidak tahu surah-surah lain pada saya itu sudah memadai.

“Saya gembira dengan perubahan dia sebab cabaran paling besar untuk saya adalah membimbing suami.

“Sebab saya sendiri tidak sempurna dan masih banyak yang perlu dipelajari,” tambahnya.

Baca juga Tak nak kalah, pecah rekod lelaki ‘order’ 30 pinggan nasi kandar cecah RM450