Akhirnya pemimpin Pas Kelantan jawab apa kaitan ahli Pas dan Al Arqam

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Timbalan Menteri Besar Kelantan, menyatakan bahawa PAS dan Al-Arqam adalah dua entiti yang berbeza.

“Ya, saya mengesahkan tiada ahli PAS yang terlibat dengan kedua-dua kumpulan,” katanya kepada pemberita

selepas Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan Sempena Perayaan

Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang ke-55 di Istana Balai Besar, Kota Bharu hari ini.

Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan menyerahkan semua isu berkaitan GISBH kepada pihak berkuasa untuk siasatan,

Akhirnya pemimpin Pas Kelantan jawab apa kaitan ahli Pas dan Al Arqam

dan tindakan perlu diambil jika terbukti terdapat pelanggaran peraturan dari segi agama.

“Buat masa ini, kita serah kepada polis, MAIK (Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan), dan JHEAIK (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan),” katanya.

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, yang ditemui pada istiadat tersebut, menyatakan bahawa tiada keperluan untuk mewujudkan fatwa baharu berkaitan GISBH kecuali terdapat elemen lain yang ditemui oleh pihak berkuasa.

Beliau menambah bahawa fatwa mengenai ajaran sesat yang digunakan semasa mengisytiharkan Al-Arqam sebagai sesat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5 Ogos 1994 masih relevan jika terbukti perkara yang sama berlaku dalam GISBH.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan Op Global pada 11 September lalu dengan menyerbu 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang dikaitkan dengan GISBH berikutan dakwaan penglibatan dalam aktiviti eksploitasi kanak-kanak dan penyalahgunaan agama.

Sejak Op Global bermula, lebih 300 individu termasuk pengurusan tertinggi GISBH telah ditahan dan 572 mangsa berjaya diselamatkan.

BACA: Di Malaysia Gred A+ adalah terbaik tetapi di Jepun Gred S, ini alasannya