Berhenti menghukum GISBH – Tuan Ibrahim

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

“Semua pihak harus menghentikan budaya membuat ‘keputusan’ sebelum pemutusan oleh mahkamah

Berkenaan isu yang tular tentang Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH),” kata Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau mengingatkan bahawa banyak pihak telah memberi ulasan mengenai isu siasatan terhadap GISBH,

sehingga menimbulkan gambaran seolah-olah hukuman bersalah telah pun dijatuhkan.

“Seharusnya, kita perlu membiarkan siasatan lengkap oleh pihak polis, agensi penyiasat, dan badan berautoriti agama, sehinggalah keputusan daripada mahkamah dikeluarkan.

Berhenti menghukum GISBH - Tuan Ibrahim

“Budaya membuat ‘keputusan’ sebelum mahkamah memutuskan sesuatu perkara sepatutnya dihentikan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, semua pihak, kecuali hakim dan penyiasat, tidak mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada satu pihak itu bersalah atau tidak.

Justeru, katanya, budaya menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah membuat keputusan jelas bertentangan dengan prinsip pengasingan kuasa yang menjadi asas dalam negara.

“Saya melihat ia lebih malang jika pihak yang melakukan penyiasatan terus menjatuhkan hukuman ‘bersalah’, seolah-olah memberi tekanan kepada mahkamah agar seiring dengan ‘keputusan’ mereka.

“Sedangkan, tugas pihak penyiasat hanyalah untuk mencari dan mengemukakan bukti siasatan untuk dipertimbangkan dalam perbicaraan mahkamah,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menyatakan bahawa isu ini tidak terhad kepada GISBH sahaja, tetapi juga melibatkan semua kes mahkamah yang menjadi tempat orang ramai bergantung untuk menegakkan hak dan keadilan.

Oleh itu, menurutnya, budaya ‘penyiasat’ yang terburu-buru membuat keputusan mesti dihentikan demi menegakkan keadilan dan mengukuhkan pengasingan kuasa dalam dasar negara.

“Biarkan mahkamah membuat keputusan dan tindakan yang sepatutnya berdasarkan peruntukan undang-undang yang ada,” katanya.

BACA: ‘Setiap hari aku manis muka depan suami buat macam okay je dengan masalah dia buat, dalam diam-diam aku plan aku plan lari rumah’