Akta ini bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara yang berhubungan dengan kawalan penjualan
Dan pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau, dan peranti merokok demi kesihatan
awam, serta untuk melahirkan generasi baharu yang bebas daripada pengaruh produk tembakau.
“Bahan merokok” merujuk kepada mana-mana bahan atau gabungan bahan yang mengandungi propylene glycol, glycerol, atau triethylene glycol untuk tujuan merokok.
Apa erti merokok?
‘Merokok’ ertinya menyedut dan menghembus asap atau wap dari apa-apa produk tembakau atau produk pengganti
tembakau, termasuk memegang atau mempunyai kawalan ke atas mana-mana produk tembakau atau produk pengganti tembakau yang dinyalakan, dipanaskan, atau diwapkan, atau menggunakan cara lain.
‘Pegawai diberi kuasa’ bermaksud mana-mana pegawai perubatan kesihatan, pegawai kesihatan persekitaran,
atau penolong pegawai kesihatan persekitaran daripada Kementerian Kesihatan atau mana-mana pihak berkuasa tempatan,
atau mana-mana orang berkelayakan yang dilantik oleh Menteri menjadi pegawai diberi kuasa di bawah seksyen 26.
Larangan pengiklanan produk tembakau
Tiada seorang pun boleh menerbitkan atau memudahkan mana-mana orang untuk menerbitkan apa-apa iklan untuk produk tembakau, bahan merokok, atau produk pengganti tembakau.
Larangan penjualan produk tembakau
Tiada seorang pun boleh menjual atau mempamerkan untuk penjualan apa-apa produk tembakau, bahan merokok, atau produk pengganti tembakau melainkan jika jualan atau pameran itu mematuhi kehendak yang ditetapkan.
Larangan merokok produk pengganti tembakau
Tiada seorang pun yang lahir pada 1 Januari 2007 dan seterusnya boleh:
(a) merokok apa-apa produk pengganti tembakau; atau
(b) menggunakan apa-apa peranti merokok dengan apa-apa bahan merokok.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) akan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan,
didenda tidak melebihi lima ratus ringgit (RM500) atau diperintahkan untuk melaksanakan perintah khidmat masyarakat menurut Kanun Tatacara Jenayah atau Akta Kanak-Kanak 2001.
BACA: Boleh rosak akidah, Timbalan Mufti Kelantan minta hentikan nyanyi lagu GISBH