Rupanya Fazura mohon cerai di bawah Seksyen 47, ini maksud Seksyen 47

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Apabila seseorang telah mendirikan rumah tangga, tidak kira berapa lama hubungan tersebut, fikiran untuk memohon cerai adalah sesuatu yang sangat dielakkan.

Selagi hubungan itu masih boleh diperbaiki, sebaiknya lakukan usaha tersebut.

Namun, terdapat hubungan yang sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

Dalam situasi terkini, di mana ramai selebriti sedang melalui proses perceraian, masyarakat mula tertarik dengan satu jenis undang-undang perceraian yang dikenali sebagai Seksyen 47. Apakah yang membezakan undang-undang ini?

APA ITU PERMOHONAN CERAI SEKSYEN 47?

Rupanya Fazura mohon cerai di bawah Seksyen 47, ini maksud Seksyen 47

Seperti yang kita ketahui, baru-baru ini, Fazura telah memohon perceraian di bawah Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan kebenaran mahkamah, dan saman tersebut telah disampaikan kepada Fattah serta telah diterima.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah telah menerima cadangan penyelesaian daripada pihak Fattah, dan kes ini ditangguhkan ke 7 Oktober untuk membolehkan kedua-dua pihak berbincang sebelum tarikh prosiding.

Seorang peguam syarie, Naim, menjelaskan di laman TikToknya tentang apa itu perceraian Seksyen 47. Menurutnya, ini adalah proses perceraian yang paling harmoni dan tidak membuka aib mana-mana pihak. Ianya hanya melibatkan persetujuan untuk bercerai atau tidak. Apabila isteri membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah, lafaz cerai bukan lagi kuasa mutlak suami.

Bagaimana jika suami tidak setuju untuk bercerai?

Penting untuk diketahui bahawa jika suami tidak bersetuju untuk bercerai, kes perceraian akan diteruskan dengan jawatankuasa pendamai (JKP). JKP bertindak sebagai pihak tengah untuk mendamaikan kedua-dua belah pihak.

Bagaimana jika JKP juga gagal?

Jika usaha untuk mendamaikan masih gagal, kes cerai akan diteruskan dengan HAKAM. Terdapat dua jenis HAKAM, iaitu HAKAM Keluarga dan HAKAM Mahkamah.

HAKAM Keluarga: Berfungsi untuk menyiasat syiqaq dan mendamaikan pihak-pihak yang terlibat. Jika usaha mendamaikan gagal,

HAKAM Keluarga suami boleh melafazkan cerai. Sekiranya suami masih enggan untuk melafazkan cerai, mahkamah akan melantik HAKAM Mahkamah.

HAKAM Mahkamah: Ini adalah proses terakhir, di mana HAKAM Mahkamah akan menyiasat punca perceraian tersebut.

Jika punca perceraian datang dari isteri, maka perceraian akan dilakukan dengan tebus talak. Jika punca perceraian datang dari suami, HAKAM akan melafazkan cerai bagi pihak suami.

BACA: Bakal lonjak daya saing, Oracle umum labur 6.5 bilion USD di Malaysia