Padah terlalu viral, kedai burger iShowSpeed disita DBKL

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Kedai burger IShowSpeed telah menjadi sensasi di media sosial setelah bintang YouTuber tersebut

menunjukkan reaksi ‘gila’ selepas menggigit burger istimewa yang ditawarkan.

Disebabkan oleh popularitinya yang semakin meningkat, kedai burger ini telah menerima ramai pelanggan setiap hari.

Siapa sangka kedai burger yang telah mengharumkan nama Malaysia di platform internet kini telah menemui penghujungnya?

Sebuah video tular di TikTok menunjukkan bahawa kedai burger yang terletak di kaki lima LRT Bangsar telah disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Padah terlalu viral, kedai burger iShowSpeed disita DBKL

Dalam video tersebut, tapak penjualan burger telah diserbu oleh pihak DBKL dan barangan mereka telah disita pada awal pagi semalam.

@foodyfun5 Stall burger ramli yang terkenal selepas IshowSpeed makan, kini di sita penguatkuasa #ishowspeed #burger #foodvalley #naya ♬ Pelangi Petang – Dato’ Sudirman

Nampak juga van dan trak milik DBKL yang diparkir di tepi jalan, dipercayai untuk mengambil barangan dan kiosk burger tersebut.

Melihat ke ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa sedih apabila kedai burger IShowSpeed tidak dapat beroperasi lagi, walaupun telah mengharumkan nama negara di persada dunia. Malah, ada yang percaya tindakan ini mungkin disebabkan oleh individu yang dengki dengan kejayaan kedai tersebut.

Sementara itu, sebahagian yang lain berpendapat tindakan ini mungkin diambil kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk penjaja jalanan.

Dalam perkembangan lain, pemilik kedai burger tersebut telah mengesahkan bahawa kedai mereka terpaksa ditutup sementara kerana telah disita oleh pihak DBKL menerusi Instagramnya.

Dia juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberikan sokongan selama ini dan akan mengemas kini sebarang maklumat mengenai kedainya dari semasa ke semasa.

BACA: Pengasas Al-Ikhsan dedah sebab 30 tahun tak naikkan harga barang