Rupanya ada beza anak tak sah taraf dengan anak luar nikah ramai masih keliru

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Anak tak sah taraf dan anak luar nikah mempunyai perbezaan yang penting, dan masih ramai yang belum menyedarinya.

Perkara ini perlu diambil serius agar persepsi masyarakat dapat diubah.

Jangan mudah membuat kesimpulan tanpa memahami perbezaannya.

Jadi, ikuti penjelasan lanjut dalam artikel di bawah mengenai maksud anak tak sah taraf dan anak luar nikah.

Maksud Anak Tak Sah Taraf

Rupanya ada beza anak tak sah taraf dengan anak luar nikah ramai masih keliru

Untuk pengetahuan anda, semua anak luar nikah adalah anak tak sah taraf, tetapi tidak semua anak tak sah taraf adalah anak luar nikah.

Sebagai contoh, jika ibu dan bapa tersebut berkahwin di luar negara seperti Thailand tetapi tidak mendaftarkan pengesahan nikah mereka di Malaysia, maka anak tersebut juga dikategorikan sebagai anak tak sah taraf walaupun dia bukan anak luar nikah.

Maksud Anak Luar Nikah

Para Fuqaha bersepakat bahawa maksud anak zina atau anak luar nikah merujuk kepada anak yang dilahirkan hasil perzinaan dan bukan daripada perkahwinan yang sah atau persetubuhan syubhah.

Anak tersebut dilahirkan kurang dari 6 bulan dan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh).

Anak luar nikah tidak boleh dinasabkan kepada lelaki, sama ada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau yang mengaku sebagai bapa kepada anak tersebut.

Oleh itu, mereka tidak boleh mewarisi antara satu sama lain, tidak boleh menjadi mahram, dan bapa tersebut tidak boleh menjadi wali kepada anak itu.

Jika lelaki tersebut berkahwin dengan ibu kepada anak luar nikah itu dan sabit persetubuhan, maka hubungan anak tersebut dengan lelaki itu adalah seperti anak dengan bapa tiri dan mereka adalah mahram.

Pastikan anda memahami perbezaan antara kedua-duanya. Anak luar nikah juga berhak dilayan seperti anak sah taraf kerana mereka juga manusia.

BACA: Rupanya Fazura mohon cerai di bawah Seksyen 47, ini maksud Seksyen 47