Dapur gas kotor? Guna 3 bahan sahaja terus bersih

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Biasanya dapur abtara tempat terakhir dibersihkan tambahan dapur gas, sebab setiap hari guna, jika bersih pun tak lama.

Tapi itu bukanlah alasan untuk menjadi pemalas, sebolehnya kita nak memasak dalam persekitaran yang bersih.

Ikuti perkongsian pengguna TikTok @kikuemeow tentang cara mudah bersihkan dapur gas hanya menggunakan bahan yang ada di rumah.

Tip bersihkan dapur gas

Bahan-bahan:

Dapur gas kotor? Guna 3 bahan sahaja terus bersih

Baking powder (tepung penaik)
Lemon
Berus dawai
Sabun pencuci pinggan
Kain lap
Cara-cara:

1. Taburkan baking powder disekeliling dapur gas.

2. Kemudian perah lemon dan tonyoh besi tersebut menggunakan ia.

3. Biarkan selama beberapa minit sebelum menggunakan berus dawai dan sentai ia hingga hilang segala kotoran.

4. Lap segala kotoran menggunakan kain bersih.

5. Kemudian letak sabun pencuci pinggan dan gosok dengan berus dawai sekali lagi.

6. Akhir sekali lap ia sehingga kering dan selesai!

Selamat mencuba.

BACA: Pakar ekonomi beri amaran ringgit akan melemah jika rakyat Malaysia kerap buat perkara ini