Dilihat zaman sekarang banyak pelawak diangkat menjadi pengacara dan pastinye elemen bergurau itu wujud hingga akhirnya menyakitkan hati pihak lain.
Sebagai pengacara, seharusnya status sebagai pelawak ditolak tepi kerana bukan semua faham akan lawak diberi malah boleh mencetuskan perbalahan tanpa sedar.
Disebabkan itu penyampai radio dan pengacara Faizal Ismail akui pernah menjadikan hos
sebagai bahan jenaka semasa aktif mengacara lapor Kosmo! Online.
Bagaimanapun dia sudah memastikan setakat mana rakan pengacaranya selesa akan lawak yang dibuat dan cuba untuk tidak melebihi batas.
“Zaman saya berada di pentas mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL), pada masa itu kita pun ada juga ‘membahan’ sesama saya, Cheryl dan Ally tetapi semuanya sudah dirancang maknanya setakat mana mereka boleh terima (gurauan).
“Jadi apa berlaku di atas pentas masing-masing gembira dan tiada masalah tetapi saya lihat dalam keadaan sekarang ada pihak yang tak puas hati. Mungkin mereka menggunakan platform itu untuk menyindir atau sekadar mahu bergurau.
“Bila dua-dua pihak tidak berada di tempat sama, boleh jadi satu lagi pihak itu berkecil hati dan tak boleh terima gurauan itu. Kita tak boleh salahkan dia juga,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Bercakap mengenai isu terkini membabitkan dua pengacara, Faizal menganggap ‘pertengkaran’ di atas pentas sebagai publisiti untuk meraih perhatian penonton.
“Bagi saya, sekiranya kontroversi ini dirancang dan dua-dua pihak bersetuju untuk publisiti, itu akan menimbulkan risiko di mana satu pihak akan dipandang baik dan pihak lagi satu dikeji.
“Netizen tidak faham kerana mereka akan menyebelahi kepada siapa mereka mahukan.
“Saya rasa yang akan menjadi risiko adalah hos lama kerana hos baru tengah meningkat naik pasti yang lama akan menjadi bahan kecaman,” tambahnya.
Pada masa sama, Faizal mengharapkan rakan artis untuk tunjuk contoh baik kerana mereka ini main peranan penting untuk peminat mereka dan penonton.
Baca juga: Tak payah buka jaring lap satu-satu, ini cara cepat bersihkan kipas