Wanita mengadu suami curang dengan pekerja sendiri, respon Fazura mengejutkan

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Selepas sekian lama tidak aktif di platform X, pelakon terkenal iaitu Fazura kembali menjadi sorotan ramai susulan memuat naik satu hantaran di akaun miliknya.

Pemilik nama sebenar Nur Fazura Sharifuddin itu membuat hantaran tersebut untuk memberi respon kepada seorang individu yang berkongsi masalah rumah tangganya.

Sempat menitipkan doa, pelakon berusia 41 tahun itu turut meninggalkan kata-kata semangat buat wanita terbabit

supaya terus tabah menghadapi ujian perkahwinan.

“Assalamualaikum sis. Saya kirimkan awak pelukan dan juga kasih sayang sebesar mungkin yang saya mampu berikan.

Wanita mengadu suami curang dengan pekerja sendiri, respon Fazura mengejutkan

Harap kekal kuat!,” ciap Fazura kepada wanita yang sedang diuji dengan kecurangan suami bersama pekerjanya.

Respon Fazura itu telah menimbulkan persoalan di mana rata-rata pengguna X menduga masalah wanita terbabit ada kaitan dengan kemelut rumah tangga pelakon berkenaan.

“Adakah Fazura telah menumpahkan teh secara tidak langsung? Apa-apa pun harap Fazura juga kekal tabah,” kata seorang pengguna cuba untuk mentafsirkan ciapan pelakon Pisau Cukur itu.

“Dia macam nak beritahu sesuatu tetapi tidak secara terus. Jadi keluarlah ciapan seperti ini,” duga pengguna lain yang turut tertanya-tanya jika perkongsian Fazura itu ada maksud lain.

Terdahulu, seorang isteri tampil berkongsi cerita tentang perubahan sikap suaminya sebaik sahaja wanita berkenaan mengambil pekerja baharu yang muda dan cantik.

Suami kepada wanita itu bertindak memberikan layanan istimewa kepada pekerja baharu terbabit malah sanggup memaafkan setiap kesilapan besar yang dilakukannya.

“Bulan March lalu, saya ada ambil seorang pekerja. Muda dan cantik. Saya perasan suami macam layan dia berbeza daripada pekerja lain. Saya sudah berprasangka macam-macam.

“Tetapi kedua-duanya menafikan. Sampai saya rasa macam nak gila. Saya cakap nak berhentikan pekerja itu sebab prestasi dia tak bagus. Selalu ambil cuti dan pernah ada kes tipu surat rasmi dalam syarikat.

“Namun suami buat tak tahu sahaja. Sudah tentu suami tak benarkan saya buang dia. Konon mereka tiada hubungan. Kami selalu bergaduh kerana pekerja itu tetapi suami tak buang sebab nak jadikan pengajaran supaya saya kawal emosi,” kongsi wanita itu.

Rupa-rupanya seiring berjalannya waktu, suami kepada wanita itu sememangnya menyimpan perasaan kepada pekerja terbabit dan meminta izin untuk menikah lagi.

Keadaan bagaimanapun berubah apabila ego suaminya tercalar selepas pekerja wanita itu mengakui tidak mahu berkahwin sebaliknya majikannya yang tergilakan dirinya.

“Suami siap belikan barang, berikan duit beli barang dapur dan tolong langsaikan pinjaman. Dia minta izin nak menikah. Tetapi pekerja ini mengaku tak nak kahwin dengan suami saya. Dalam masa yang sama melayan.

“Berbual dalam Whatsapp selalu, jemput hantar pergi kerja. Pekerja itu siap cetakkan borang cerai beri dekat suami saya. Bila wanita itu cakap suami yang tergila-gilakan dia, egonya tercabar.

“Suami cakap tak jadi nak kahwin dan minta maaf. Dia cakap ini ujian buatnya. Senang sahaja lelaki cakap macam itu. Sekarang sudah enam bulan sejak kejadian itu berlaku tetapi saya masih tak dapat lupakan.” Luah wanita itu.

Baca juga: Baru tahu rupanya ini hukum tidur lepas solat subuh, asar dan maghrib!