Pempengaruh buat aksi ‘drift’ di lebuh raya mengaku bersalah, didenda RM3,000

Oleh ISMAIL YAHYA

Padah membuat aksi seretan tayar (drift) di lebuh raya, pempengaruh TikTok dikenali sebagai Choii

Dia dijatuhkan hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang.

Majistret Chia Huey Ting menjatuhkan hukuman berkenaan hari ini selepas tertuduh,

Muhammad Faris Azri Md Hanif mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Lelaki berusia 25 tahun itu turut berdepan dengan hukuman penjara selama sebulan sekiranya gagal membuat bayaran dengan yang telah ditetetapkan oleh mahkamah.

Pempengaruh buat aksi ‘drift’ di lebuh raya mengaku bersalah, didenda RM3,000

Mengikut pertuduhan, bapa kepada dua cahaya mata itu didakwa memandu kereta secara gopoh sehingga mungkin menyebabkan bencana kepada orang lain, lapor Harian Metro.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh pempengaruh terbabit ketika berada di lampu isyarat Kampung Jawa di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sekitar jam 3.45 pagi, 28 September lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan di mana tertuduh boleh dipenjara sehingga enam bulan atau denda hingga RM2,000, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, R Lushani memohon hukuman setimpal serta berbentuk pengajaran manakala tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) itu memohon hukuman ringan dengan alasan dia sudah insaf atas kesilapan dilakukan.

Muhammad Faris sebelum ini telah ditahan reman dua hari selepas ditangkap dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, Bayan Lepas pada 29 September lalu.

Pempengaruh terbabit ditahan ketika itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 semasa melakukan aksi ‘drift‘ ketika memandu kereta jenis Mazda Roadster.

Selain Choii, 14 individu lain turut ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan yang dijalankan pada awal pagi itu.

Baca juga:Wanita mengadu dipaksa jual maruah demi selesaikan hutang bapa, sekali ada plot twist!