Petinju terkenal dunia, Khabib Nurmagomedov telah tiba di Malaysia sejak Isnin lalu.
Kedatangannya adalah bagi memenuhi jemputan acara anjuran Faith Events di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) pada hari ini.
Memandangkan ini adalah lawatan pertamanya ke Malaysia, Khabib tidak melepaskan peluang
untuk bergambar di hadapan Menara Berkembar Petronas serta beberapa lokasi menarik lain di sini.
Seperti kebanyakan orang, Khabib turut memuat naik gambar-gambar tersebut di akaun Instagramnya sebagai kenangan
manis selepas melawat menara ikonik Kuala Lumpur dan aktiviti yang dilakukan sepanjang berada di Malaysia.
Bagaimanapun, netizen dari Indonesia meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan mengapa Khabib memuat naik gambar ketika berada di Malaysia tetapi tidak berbuat demikian sewaktu lawatannya ke Indonesia sebelum ini.
“Sudah datang ke Indonesia tapi yang dimuat naik ketika di Malaysia. Apa kurangnya Indonesia?” soal seorang netizen dari Indonesia di hantaran Khabib.
Selain itu, ramai lagi netizen Indonesia memenuhi ruangan komen dengan memperlekehkan Malaysia dan mengungkit isu batik yang pernah menjadi perdebatan antara kedua-dua negara.
Namun, netizen Malaysia tidak melayan kutukan tersebut dan sebaliknya hanya meluahkan rasa gembira atas kedatangan Khabib ke Malaysia.
BACA: Jatuh pada ketinggian 40 meter ketika mencari rezeki, juruteknik jambatan kaca Langkawi meninggal