“Saya hanya membelanjakan sedikit daripada jumlah itu untuk petrol dan makanan,” tambahnya.
Seorang selebriti media sosial di Amerika Syarikat (AS) berjaya menyimpan lebih AS$51,188 (RM215,860)
Dalam masa hanya empat bulan untuk membeli rumah, menurut laporan akhbar The Mirror UK kelmarin.
Michael Hickey, 24, berkata bahawa dia hanya bekerja sebagai penghantar makanan dan terpaksa tidur di dalam kereta untuk berjimat.
“Saya meletakkan kereta di hadapan sebuah kasino, tetapi terpaksa mencari tempat lain untuk tidur setelah dihalau,” ujarnya.
Hickey menjelaskan bahawa dia bekerja sebagai penghantar makanan selama 10 jam sehari dan mampu menjana pendapatan sekitar AS$300 (RM1,265) dalam sehari.
“Saya hanya membelanjakan sedikit daripada jumlah itu untuk petrol dan makanan,” tambahnya.
Selain itu, pendapatan sebenar Hickey adalah daripada media sosial yang berjumlah AS$627 (RM2,644).
“Saya menerima bayaran sebanyak AS$385 (RM1,624) dari YouTube, AS$114 (RM481) di TikTok, AS$63 (RM266) dari Facebook, dan AS$65 (RM274) dari Instagram,” katanya.
Hickey bercita-cita untuk membina sebuah rumah kecil di Florida dan memerlukan sekurang-kurangnya AS$60,000 (RM253,020) untuk membeli tanah, memasang pendawaian elektrik, paip air, dan lain-lain.
BACA: Set penggambaran terpaksa berehat 3 jam! Gara-gara pelakon terkenal terkentut