Penyamun dari syurga? Tolong kemas dan sidai baju mangsa selepas pecah masuk rumah

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang pencuri dilaporkan membantu menyidai pakaian seorang wanita, meninggalkan segelas minuman,

Dan menulis nota kepada mangsa selepas memecah masuk ke rumahnya, menurut portal berita Metro UK semalam.

Damian Wojnilowicz, 36 tahun, memecah masuk ke rumah mangsa di Monmouthshire, Britain, setelah wanita tersebut keluar untuk bekerja.

Lelaki itu memasak makanan dan menyidai pakaian yang telah dibasuh, serta turut mengemas rumah mangsa.

Dia kemudian menulis nota yang berbunyi: “Jangan risau, bergembiralah.”

Penyamun dari syurga? Tolong kemas dan sidai baju mangsa selepas pecah masuk rumah

Pendakwa raya, Alice Sykes, menyatakan: “Ini adalah pecah masuk rumah yang sangat luar biasa. Mangsa telah diberitahu oleh jirannya bahawa mereka melihat seseorang menyidai pakaian.”

Dalam sesi perbicaraan, Mahkamah Diraja Cardiff juga diberitahu bahawa tertuduh membersihkan lantai, mengosongkan tong kitar semula, dan menyusun semula barangan rumah sebelum melarikan diri.

Tertuduh yang mengaku bersalah melakukan dua rompakan, dijatuhkan hukuman penjara selama 22 bulan.

BACA:Berjaya tambat hati Zizan, ini latarbelakang Kamilia Asy Syifa