Cara kilatkan kuali pasti bersinar, senang je rupanya, hanya guna kapur

Oleh ISMAIL YAHYA

Antara alatan dapur yang sering digunakan setiap hari adalah kuali.

Kuali yang sering digunakan ini cenderung mudah kotor dan berkarat, menjadikannya tidak sesuai untuk digunakan.

Untuk mengelakkan anda rugi dan terpaksa membeli kuali baru, apa kata cuba cara untuk mengilatkan kuali seperti yang dikongsikan di bawah.

Yang lebih menarik, hanya dua bahan utama diperlukan untuk menjadikan kuali anda kembali bersinar.

-Bahan yang Diperlukan:

Cara kilatkan kuali pasti bersinar, senang je rupanya, hanya guna kapur
-Kapur
-Berus dawai

Cara Penyediaan:

Ambil kuali yang sudah berkarat dan sental permukaannya menggunakan kapur.

Dalam kuali besar, masukkan air dan biarkan sehingga mendidih.

Setelah air mendidih, masukkan kuali yang telah disapu kapur tadi ke dalam air.

Biarkan air rebusan mendidih dan berbuih.
Setelah itu, angkat kuali dan sental dengan berus dawai.

Gunakan pisau untuk mengikis kerak yang masih ada sehingga semua kerak hilang.

Ulangi proses ini sehingga kerak hilang sepenuhnya dan kuali kembali berkilat seperti sedia kala.

Selain itu, terdapat beberapa cara lain untuk mengilatkan kuali anda:

Garam dan Lemon

-Taburkan garam kasar di permukaan kuali.
-Gosok kuali dengan potongan lemon hingga kotoran tertanggal.
-Bilas dengan air suam dan lap kuali hingga kering.

Baking Soda dan Cuka

-Campurkan sedikit baking soda dengan cuka putih sehingga berbuih.

-Sapukan campuran ini pada permukaan kuali dan biarkan selama 10-15 minit.

-Gosok dengan span kasar atau berus.

 

-Bilas dan lap kuali hingga kering.

Cara-cara untuk mengilatkan kuali ini boleh dicuba di rumah dan pasti menjimatkan kerana anda tidak perlu membeli perkakas dapur yang baru.

BACA: Penyamun dari syurga? Tolong kemas dan sidai baju mangsa selepas pecah masuk rumah