Pekin Ibrahim dedah perangai sebenar Fattah Amin bikin ramai terkejut

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Pelakon Pekin Ibrahim percaya bahawa aktor Fattah Amin adalah seorang suami yang baik dan tidak pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.

Dalam perbualan mereka semasa penggambaran, Pekin, 42, menyatakan bahawa dia tidak pernah melihat Fattah menggoda mana-mana perempuan.

Pekin juga memuji sikap Fattah yang tidak menjaja hal rumah tangganya kepada orang lain.

“Kenali Fattah Amin, teman sekelas saya di UUM. Saya pernah mengarahkannya di saat ramai yang mengatakan

Dia pelakon kayu, tetapi dia buktikan bahawa dia boleh berlakon dengan baik.

Pekin Ibrahim dedah perangai sebenar Fattah Amin bikin ramai terkejut

“Ketika rumah tangganya tengah bergolak, kami bekerja bersama untuk sebuah filem, dan latihan serta penggambaran berlangsung agak lama.

“Kami menghabiskan masa bersama, dan tidak sekali pun dia menunjukkan masalah di wajahnya atau bercerita tentang hal peribadi. Hanya rindu kepada anak dan isteri yang sering terkeluar dari mulutnya.

“Jauh sekali untuk menuduhnya mempunyai wanita lain, kami menjalani penggambaran lama bersama pelakon dari Indonesia, dan tidak pernah saya nampak Fattah menggoda atau membicarakan tentang wanita lain.”

Pekin berkongsi pandangannya menerusi hantaran di Facebook miliknya, beserta sepotong video bersama Fattah.

Menganggap tuduhan curang adalah dakwaan yang berat, Pekin menekankan bahawa Fattah juga tidak pernah meninggalkan solat sepanjang menjalani penggambaran.

“Apabila tiba waktu solat, dia hanya meminta rehat untuk menunaikan kewajipan. Sebagai kawan, saya rasa tuduhan itu (curang) terlalu berat untuk dia.

“Kita semua hanya boleh mendoakan agar Fattah tabah dan kuat. Saya sedih mendengar tentang perkara cerai ini.

Semoga dijauhkan daripada perkara seperti ini. Tetapi saya tetap sokong Fattah. Bagaimana dengan kalian?”

Sebelum ini, selepas sah bercerai talak satu, Fazura mendakwa dia nekad meminta dilepaskan kerana Fattah berlaku curang terhadapnya.

Malah, aktres itu mendakwa dia mempunyai bukti mengenai kecurangan yang dilakukan oleh Fattah.

BACA: Cara kilatkan kuali pasti bersinar, senang je rupanya, hanya guna kapur