Duit punya hal! Wanita usia 28 tahun dedah pernah 15 kali berkahwin sejak umur 17 tahun

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Cahaya berkongsi pengalamannya bahawa dia telah berkahwin sekurang-kurangnya 15 kali sejak berumur 17 tahun.

Wanita muda yang miskin di kawasan luar bandar Indonesia dilaporkan sanggup menjadi isteri sementara kepada

pelancong asing lelaki dengan menerima hantaran perkahwinan berupa wang tunai, menurut laman berita VNExpress.

Laporan itu memetik akhbar South China Morning Post yang menyatakan bahawa trend buruk ini berlaku

Di kawasan pelancongan Puncak, barat Indonesia, yang terkenal dengan tarikan pelancong dari Asia Barat.

Duit punya hal! Wanita usia 28 tahun dedah pernah 15 kali berkahwin sejak umur 17 tahun

Menurut laporan, agensi tempatan mengatur perkahwinan antara pelancong lelaki dan wanita tempatan.

Setelah majlis perkahwinan yang ringkas, wanita tersebut akan menjalankan tugas rumah tangga termasuk di ranjang sebelum lelaki itu menceraikannya.

Seorang wanita yang ingin dikenali sebagai Cahaya berkongsi pengalamannya dengan akhbar Los Angeles Times, menyatakan bahawa dia telah berkahwin sekurang-kurangnya 15 kali dengan pelancong Asia Barat sejak berumur 17 tahun.

Biasanya, dia memperoleh bayaran antara 4.7 juta rupiah (RM1,282) hingga 7.84 juta rupiah (RM2,138) daripada setiap perkahwinan setelah pemotongan oleh agensi.

Wang tersebut digunakan untuk membayar sewa dan menjaga datuk serta neneknya yang sakit.

Kini berusia 28 tahun, Cahaya merahsiakan penglibatannya dalam perkahwinan tersebut dengan memberitahu rakan dan keluarganya bahawa dia bekerja sebagai pembantu rumah.

Dia juga berbohong kepada teman lelakinya dan menyatakan: “Ini semua penyeksaan.”

BACA: Pekin Ibrahim dedah perangai sebenar Fattah Amin bikin ramai terkejut