Kerajaan akan mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam gred A, B, dan C jika bekalannya kembali pulih.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu, menyatakan bahawa penjimatan ini
dapat dimanfaatkan untuk membangunkan sektor agro makanan lain yang lebih mendesak.
“Justeru, saya berpandangan sudah tiba masanya kementerian ini mengkaji semula pemberian subsidi telur ayam bagi gred A, B, dan C,” katanya menurut Sinar Harian.
Tahun lalu, kerajaan memperuntukkan RM927 juta untuk subsidi telur ayam.
Pada bulan Jun yang lalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan harga runcit telur ayam gred A, B, dan C sebanyak 3 sen di seluruh negara.
Anwar menyatakan bahawa langkah tersebut melibatkan subsidi sebanyak 10 sen bagi sebiji telur ayam, dengan perbelanjaan sebanyak RM100 juta.
BACA: Siapa sangka kutip sampah pekerjaan paling dihormati di Jepun, gaji buat ramai terkejut!