Sakit kepala biasanya berlaku disebabkan oleh stres, kurang tidur, pemakanan yang tidak sihat, dan pengambilan kafein yang berlebihan.
Migrain pula bersifat episodik. Sakit yang dirasakan hanya di bahagian tertentu kepala, berdenyut,
Dan boleh menyebabkan rasa loya, serta sensitiviti terhadap cahaya, bunyi, dan bau.
Terdapat tiga jenis sakit kepala iaitu:
1. SAKIT KEPALA STRES
Kesakitan akibat sakit kepala stres biasanya bermula di bahagian belakang dan merebak ke bahagian hadapan kepala. Keletihan, stres, dan kelaparan sering menjadi punca sakit kepala ini.
2. SAKIT KEPALA SINUS
Ia disebabkan oleh bengkak pada saluran sinus, yang mengakibatkan sakit di belakang pipi, hidung, dan mata. Kesakitan yang paling teruk biasanya dirasai ketika bangun pagi.
3. SAKIT KEPALA CLUSTER
Sakit kepala jenis ini boleh berlaku setiap hari (biasanya pada masa yang sama) akibat pembebasan serotonin dan histamin.
FASA MIGRAIN
Berbeza dengan sakit kepala biasa, migrain mempunyai beberapa fasa. Namun, tidak semua orang mengalami setiap fasa ini.
FASA PRODROME
Kadang-kadang dipanggil fasa pra-sakit kepala, peringkat ini mempunyai gejala tidak menyakitkan dan hanya berlaku beberapa jam sahaja. Ini termasuk perubahan mood dan selera makan.
FASA AURA
Aura merujuk kepada gangguan deria yang berlaku sebelum atau semasa migrain. Aura boleh menjejaskan penglihatan, sentuhan, atau pertuturan seseorang.
FASA SAKIT KEPALA
Aktiviti fizikal, pendedahan kepada cahaya, bunyi, dan bau boleh menyebabkan migrain bertambah teruk.
FASA POSTDROMAL
Fasa terakhir adalah ketika rasa sakit telah berkurangan. Biasanya, anda mungkin akan berasa letih dan tidak sihat semasa fasa ini.
Punca berlakunya migrain adalah, antaranya ialah:
-Peralihan hormon
-Alahan
-Sejarah keluarga dan genetik
-Persekitaran
Sementara itu, sakit kepala boleh berlaku disebabkan oleh:
-Stres
-Ketegangan otot
-Masalah gigi atau rahang
-Diet
-Masalah mata
-Ubat-ubatan
-Bunyi bising
Dapatkan rawatan doktor jika sakit berpanjangan sehingga mengganggu aktiviti harian anda. Jangan biarkan.
BACA: Rupanya ini sebab sebenar kerajaan pertimbang henti subsidi telur