Akhirnya terjawab sebab apa gula pasir kurang dalam pasaran Malaysia, wanita ini dalangnya?

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Seorang wanita ditahan semalam kerana disyaki cuba menyeludup gula pasir ke Thailand melalui pengkalan haram Paija di Tumpat.

Wanita berusia 23 tahun itu ditahan oleh Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kuala Terengganu

yang sedang melakukan rondaan rutin menerusi Op Taring Wawasan pada pukul 6 petang.

Komander Briged Tenggara PGA, Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan

ke atas kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh suspek membawa kepada rampasan sebanyak 140 kg gula pasir.

Akhirnya terjawab sebab apa gula pasir kurang dalam pasaran Malaysia, wanita ini dalangnya?

Menurutnya, suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup gula pasir tersebut ke negara jiran.

Anggaran nilai rampasan kenderaan adalah RM15,000, manakala nilai gula pasir yang dirampas adalah RM410, katanya, seperti dilaporkan oleh Sinar Harian, sambil menambah bahawa kes ini disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.

BACA: Umur baru 28 tahun tapi rupa macam dah 60 tahun, rupanya ini sebenarnya yang dialami lelaki ini