Pelakon Datuk Rosyam Nor menegaskan bahawa beliau akan mengambil tindakan undang-undang
Terhadap seorang wanita yang didakwa melempar fitnah terhadapnya di media sosial.
Rosyam Nor berkata beliau kini sedang berbincang dengan peguamnya dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat berikutan fitnah yang tersebar.
“Saya akan buat laporan polis,” jawabnya secara ringkas.
Sebelum itu, pelakon ini telah memuat naik hantaran di Instagram miliknya pada pagi Rabu, memaparkan kenyataan fitnah yang dibuat oleh wanita tersebut.
Menerusi perkongsian itu, terdapat kenyataan yang seolah-olah menggambarkan bahawa aktor tersebut pernah menasihati pelakon Fattah Amin sebelum Fattah membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
“Fattah patut tahu dari awal dengan siapa dia nikah. Aku dah tegur dulu – Rosyam Nor,” tulis wanita itu dalam hantaran yang telah dipadamkan.
Berang dengan tuduhan tersebut, Rosyam memberi amaran bahawa beliau akan membawa pengguna media sosial itu ke muka pengadilan.
“Korang tunggu aku seret korang pergi mahkamah! Buat fitnah, aibkan orang,” ujarnya.
Selepas penceraian Fattah dengan pelakon Fazura pada 7 Oktober lalu, rakaman video podcast Rosyam yang membincangkan topik tentang seorang isteri yang mula memandang rendah terhadap suami jika mereka mempunyai lebih kekayaan kembali tular.
Namun, dalam perbincangan itu, Rosyam tidak menganggap bahawa semua wanita berperangai sedemikian, tetapi mendakwa kebanyakannya bersikap demikian.
Topik tersebut tidak ada kaitan dengan senario kisah artis yang terpalit isu rumah tangga, sebaliknya hanyalah lontaran secara umum.
BACA: Akhirnya terjawab sebab apa gula pasir kurang dalam pasaran Malaysia, wanita ini dalangnya?