Neelofa dilaporkan hilang di Sarawak

Oleh ISMAIL YAHYA

Nama Neelofa tidak asing lagi di bibir rakyat Malaysia. Membina karier sejak zaman dewi remaja

sehinggalah bergelar usahawan terkenal kini, namanya kini kian berpengaruh dan digunakan oleh ramai orang.

Terbaru nama yang sama Neelofa Entira Entegang, murid Tahun Lima yang dilaporkan ‘ghaib’

ketika menunggu untuk bersarapan di Sekolah Kebangsaan (SK) Engkudu, Saratok.

Namun selepas 10 jam Neelofa, ditemui penduduk kampung di dalam kawasan kebun yang terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah berkenaan pada jam 3.24 petang.

Neelofa dilaporkan hilang di Sarawak

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, Neelofa kemudiannya dihantar ke Hospital Saratok menaiki ambulans untuk pemeriksaan kesihatan.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) murid perempuan berusia 11 tahun itu diaktifkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.27 pagi tadi.

“Neelofa yang berpakaian seragam lengkap dilihat kali terakhir pada jam 5.50 pagi di dalam Kelas Tahun 5 SK Engkudu ketika menunggu sarapan disediakan.

“Kehilangannya disedari pada jam 5.55 pagi dan pencarian dilakukan oleh rakan-rakan serta guru di sekitar sekolah namun gagal menemuinya,” katanya.

Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok melancarkan SAR pagi tadi dalam radius dua kilometer sekeliling sekolah berkenaan termasuk di kawasan hutan.

Beliau berkata, pencarian turut disertai empat anggota polis, 10 kakitangan sekolah dan 10 penduduk kampung.

“Operasi yang diteruskan pada sebelah petang dengan pencarian diperluaskan dalam radius tiga kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat hingga ke kediaman keluarga mangsa iaitu Rumah Panjang Bundak, Sungai Anak, Saratok.

baca: ‘Dulu hafal sifir menangis, sekarang hari-hari soal aku pasal sifir’ Bapa kongsi kenapa UPSR PT3 wajar dimansuhkan