Seorang pekerja bengkel mendedahkan kebanyakan tabiat memandu laju sambil menghidupkan suis penghawa dingin,
cenderung untuk menyebabkan kerosakan pada ‘compressor air-cond’.
Menerusi perkongsian di TikTok Altimet Auto Garage, lelaki tersebut berkongsi dengan panjang lebar
Bagaimana pemanduan laju boleh menyebabkan tekanan tinggi terhadap compressor sekaligus memendekkan jangka hayat komponen tersebut.
“Kalau korang selalu bawa kereta laju dalam keadaan penghawa dingin dihidupkan, compressor korang ni akan cepat jahanam.
“Apabila penghawa dingi dibuka, compressor akan berpusing dan magnetic clutch akan melekat pada tali kipas (fan belt) dan berputar sekali.
“Dalam compressor ini terdapat piston yang bergerak, dan perlu diingat bahawa penghawa dingin kereta mempunyai cut-off.
“Apabila sensor mengesan suhu dalam kereta sudah cukup sejuk, compressor akan dimatikan dan berhenti berputar,” katanya.
Namun apabila pemandu memandu kenderaan dengan laju, tali kipas akan berpusing dengan pantas, menyebabkan ‘compressor air-cond’ aktif semula selepas ‘cut off’
“Jadi apabila compressor dihidupkan, magnetic clutch akan melekat pada fan belt yang sedang berputar laju. Dan ia (magnetic clutch) akan berpusing dengan pantas secara mengejut.
“Secara tidak langsung, perkara ini akan memberikan tekanan tinggi pada compressor. Oleh itu, piston dalam compressor akan bekerja dengan lebih keras,” kongsinya.
Justeru, sebagai langkah pencegahan, dia mencadangkan supaya pemandu hanya menggunakan blower atau membuka tingkap ketika memandu laju.
Baca juga: