Ogy Ahmad Daud dakwa pernah diugut bunuh, 4 tahun ‘digam’ ini puncanya

Oleh ISMAIL YAHYA

Pelakon veteran, Fauziah Ahmad Daud mengakui dirinya terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran selepas hubungan cinta tidak menjadi suatu ketika dahulu.

Malah kegagalan cinta pertamanya turut menjadi punca pelakon berusia 62 tahun itu

Beliau merasa kecewa sebelum mengambil keputusan untuk membawa diri ke Kota London.

Lebih memburukkan keadaan, kerjaya pelakon versatil yang lebih mesra disapa Ogy itu turut tersekat apabila ‘digam’ dari mendapat sebarang tawaran selama empat tahun.

“Bohong kalau cakap saya tidak rasa kecewa atau ‘frust’. Saya hanya manusia biasa.

Ogy Ahmad Daud dakwa pernah diugut bunuh, 4 tahun ‘digam’ ini puncanya

Saya kecewa dan pergi bercuti ke London bersama kawan-kawan rapat. Saya mengakui situasi itu (putus cinta) tidak mudah bagi saya.

“Saya digam. Empat tahun saya digam, tidak boleh berlakon sedangkan perkara itu (hubungan percintaan) sudah berlalu. Takkanlah saya masih digam? Macam-macam perkara diperlakukan kepada saya.

“Nak kena bunuhlah, nak kena tembaklah. Apa sahaja saya tak lalui. Orang tak tahu kan?,” kata pelakon itu ketika membuat pendedahan eksklusif menerusi satu sesi audio siar atau ‘podcast’ yang disiarkan di platform Youtube.

Pendedahan tersebut dibuat Fauziah pada malam Selasa dalam sesi podcast Tanah Berdaulat TV yang dikendalikan oleh bekas wartawan meja jenayah Utusan Malaysia, Syaril A Kadir.

Fauziah turut menjelaskan bahawa sikap lelaki itu yang ‘membumi’ atau merendah diri dan menghormati orang tuanya membuatkannya jatuh cinta dan membuka pintu hati.

“Apabila bertemu seseorang yang boleh menerima saya seadanya dan lelaki itu pula sangat merendah diri. Itu yang membuka hati. Saya dilahirkan dalam keluarga orang seni.

“Sering dipuji-puji walaupun kadang-kadang kita tahu ia hanya palsu. Saya menyukai lelaki itu bukan kerana siapa diri dia tetapi sikap rendah diri yang dimiliki. Dia menghormati ibu bapa dan hormat saya sebagai wanita,” kongsinya.

Menerima hakikat bahawa hubungan itu tidak direstui, Fauziah rela berkorban untuk memutuskan hubungan dan menganggap mereka tidak ditakdirkan menjadi suami isteri.

Pelakon filem Azura itu menegaskan bahawa maruahnya sebagai wanita adalah jauh lebih penting daripada mempertahankan hubungan percintaan yang tidak direstui itu.

Fauziah bagaimanapun tidak menyesal kerana pernah mencintai lelaki itu sebaliknya memilih untuk menghormatinya dan akur dengan ketentuan yang telah ditakdirkan.

“Saya harus katakan bahawa dalam cinta, perlu ada pengorbanan. Tetapi apa yang saya bangga dengan diri sendiri, tiada siapa boleh beli Fauziah Ahmad Daud. Saya seorang yang berpegang teguh dengan prinsip.

“Bagi saya, maruah tidak boleh dibeli. Saya percaya kalau bukan milik saya, ia (jodoh) bukan milik saya. Saya ingat lagi kata mak saya, dia (lelaki) itu enggang, kita ini pipit (tidak sekufu). Tetapi saya seorang wanita yang akan move on.

“Dia memang cinta pertama saya, saya tidak pernah menyesal kerana jatuh cinta kepadanya. Saya menangis sepuasnya. Ada masa kita perlu menghormati pihak itu (lelaki).

Tak mengapa saya rasa terluka kerana saya tahu untuk memulihkan rasa kecewa saya,” katanya.

Sekadar info, Ogy pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Eman Manan pada 23 Disember 1990 namun berpisah 13 tahun kemudian dan perkahwinan itu tidak dikurnia cahaya mata.

Baca juga: Netizen dakwa video muzik terbaharu Siti Nurhaliza dalam gereja undang perdebatan