Setelah didesak pembangkang, akhirnya Menteri Pendidikan jawab isu tentera China masuk sekolah di Pulau Pinang

Oleh GEMILANGDAILY

Kementerian Pendidikan (KPM) menjelaskan bahawa dakwaan mengenai kehadiran tentera dari China

Di sebuah sekolah persendirian di Pulau Pinang pada Sabtu lalu adalah tidak benar.

Sebaliknya, Menteri KPM, Fadhlina Sidek, berkata mereka sebenarnya adalah sekumpulan penuntut termasuk pensyarah dari Naval University of China.

Beliau menyatakan bahawa rombongan yang terdiri daripada 165 penuntut dan pensyarah itu

adalah berkaitan dengan program sempena 50 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Setelah didesak pembangkang, akhirnya Menteri Pendidikan jawab isu tentera China masuk sekolah di Pulau Pinang

“Pertama sekali, saya ingin memperbetulkan bahawa ini bukan kehadiran tentera, tetapi kehadiran penuntut dan pensyarah universiti. Kenyataan mengenai kehadiran tentera adalah sama sekali tidak benar dan menyebabkan salah faham.

“Di sini, saya juga ingin menegaskan bahawa kehadiran mereka adalah sempena 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kedua, ia merupakan program pertukaran kebudayaan dan sukan, dan yang ketiga adalah program yang melibatkan penuntut. Malah, sekolah persendirian yang terlibat telah mendapat kebenaran daripada semua pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan kali ke-62 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan kehadiran tentera laut China di Sekolah Menengah Chung Ling (Persendirian) pada Sabtu lalu.

Fadhlina menambah, pihaknya memberikan perhatian kepada salah faham yang timbul dalam kalangan masyarakat mengenai perkara ini.

Katanya, pihak sekolah yang dimaksudkan juga telah membuat laporan polis bagi mengelakkan fitnah yang berpanjangan.

BACA: Akhirnya Menteri Besar Johor jawab kritikan cuti hari sabtu ahad Johor buat PN terkedu