Untuk menyemai gaya hidup yang sihat, Dewan Rakyat telah melancarkan inisiatif
Hari Tanpa Gula pada setiap hari Rabu, bermula minggu ini.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, menyatakan bahawa inisiatif ini
Tidak hanya melibatkan kakitangan Parlimen, tetapi juga semua Ahli Parlimen.
“Bagi mempromosikan gaya hidup sihat, Hari Tanpa Gula akan dilaksanakan di Parlimen Malaysia pada setiap hari Rabu.
“Hari Tanpa Gula ini bukan sahaja melibatkan kakitangan Parlimen, tetapi juga akan melibatkan Ahli-Ahli Parlimen,” katanya di Dewan Rakyat pada hari Isnin.
BACA: Belum masuk bulan Ramadan, M Nasir dah beri duit raya ketika konsert undang reaksi netizen