Kes kematian melibatkan manusia ditelan ular sawa bukanlah sesuatu yang baharu dalam kalangan masyarakat Nusantara.
Malah, beberapa kejadian seumpamanya telah dilaporkan berlaku tahun ini,
Termasuk kes terbaru melibatkan seorang wanita yang dibelit selama dua jam ketika sedang mencuci pinggan.
Meskipun ular sawa bukanlah haiwan berbisa, keupayaannya untuk menelan makhluk yang lebih besar tetap menakutkan.
Jika anda berhadapan dengan situasi cemas seperti itu, berikut adalah langkah-langkah yang perlu dilakukan berdasarkan panduan pasukan bomba.
1. Kelemahan ular terletak di bahagian kepalanya
Ramai yang beranggapan bahawa kelemahan ular sawa berada di ekornya, mungkin disebabkan oleh banyak mitos mengenai haiwan ini. Namun, kelemahan utama ular sawa sebenarnya terletak di kepalanya.
Oleh itu, pastikan anda sentiasa memegang bahagian kepala ular bagi mengelakkan daripada digigit.
2. Pegang kepala ular sawa dengan teknik yang betul
Dengan menggunakan teknik yang betul untuk memegang kepala ular, ia akan menjadi lemah dan tidak berupaya menyerang. Ini juga menghalang ular daripada cuba membelit atau menggigit.
Sebaik sahaja ular sawa mula membelit, anda berada dalam situasi bahaya.
3. Seboleh-bolehnya, kurangkan pergerakan
Semakin kuat gerakan anda, semakin kuat ular sawa membelit.
Oleh itu, jika anda bersendirian, letakkan kepala ular di bahagian pelipat paha dan kepit dengan kuat supaya anda dapat menggunakan kedua-dua tangan. Setelah itu, cuba tarik ekornya terlebih dahulu supaya lilitannya menjadi longgar.
Ingat, jangan sekali-kali menarik badan ular sawa, sebaliknya fokus pada ekor untuk melonggarkan belitannya.
BACA: M Nasir kesal duit raya RM1 ketika konsert dipertikai, ini respon tuan badan