Mesti ramai yang beli sos segera untuk dimakan dengan spageti dan kebanyakan ia datang dalam balang kaca dengan penutup kedap udara.
Biasalah masa nak buka penutup tu mesti tangan basah atau berminyak sedikit jadi ia akan menyukarkan proses tersebut.
Selalunya kaum lelaki yang akan jadi penyelamat tapi kalau dah terdesak pastinya akan mencuba pelbagai cara.
Ada yang guna air panas untuk senangkan proses untuk buka penutup tapi rasa macam renyah pula nak panaskan air dulu.
Ini tip mudah yang dikongsikan pengguna TikTok, mrichib tentang cara membuka penutup botol kedap udara dengan hanya menggunakan pisau mentega.
“Korang boleh cuba cara ni kalau susah sangat nak buka penutup botol yang kedap udara. Yang dah tahu tu bagus tapi kalau belum tahu boleh cuba cara ni,” ujarnya di ruang kapsyen.
Tip buka penutup botol kedap udara
Cara-cara:
Pastikan ada pisau mentega, kalau tiada boleh guna sudu.
Masukkan hujung pisau tersebut ke bawah penutup botol
Kemudian gunakan kaedah mencungkil dengan pisau tersebut dan pusing sekeliling penutup botol hingga ada bunyi ‘pop’.
Lepas tu senang nak buka penutup botol, tak perlu nak guna segala tenaga untuk cuba membuka ia.
Baca juga:Patutlah tak jumpa tong sampah, rupanya ini amalan rakyat Jepun