Anak Abuya kata GISBH tak ikut amalan sesat Al-Arqam sekali lain pula jadi bila individu ini dedah perkara sebenar

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Anak kepada pengasas Al-Arqam iaitu Assari Muhammad yang dikenali sebagai Khaulah akhirnya bersuara

Dan berkata yang pengikut GISBH sudah tidak mengikut amalan kumpulan itu yang sudah difatwakan sesat.

Sekali tular pula pendedahan dari Ahmad Sayuti Bashiron di Facebook tentang perangai sebenar CULT dan Taqiyyah dari GISBH.

Setakat kamu tu Khaulah Attamimi nak ber#taqiyyah cuba perbodohkan rakyat…, ingat lah rakyat hari ini dah tak mudah diperbodohkan lagi

Macam Abuya & Dato Ibu kamu buat dulu tu. Puluhan kali dah mak bapak kamu buat benda sama, tapi kantoi.

Anak Abuya kata GISBH tak ikut amalan sesat Al-Arqam sekali lain pula jadi bila individu ini dedah perkara sebenar

Kalau ingat, penganut Arqam siap buat deklarasi taubat depan RTM lagi, satu Negara tengok. Tapi akhirnya semua itu sandiwara aqidah semata.

#Taqiyyah tertinggi dalam kultus GISBH ini adalah, untuk berkata “Abuya kami itu sesat”, depa tak akan sebut. Tapi depa akan ulangi lagi kesasatan atas jenama baharu.

Hinggalah hari ini Kerajaan terpaksa buat operasi besaran lagi sekali, demi selamatkan aqidah ummah yg disesatkan oleh kepuraan GISBH kamu itu. Itu pun kamu nak nafikan juga…

Khaulah cubalah kamu renung setiap bait lagu yg kamu sebut sejak belassn tahun tu… “… ini semula adalah, kesesatan dalam beragama, kesesatan dalam beragama…”

Kita doakan – Moga Allah ampuni mereka yg dah lakukan dosa selain syirik, dan telah bertaubat di hujung usianya. Moga Allah terima taubat akhir mak dan bapak Khaulah itu…

1. Kita bersetuju, dalam Islam Syiah adalah cult yg ‘paling besar & berjaya’. Dalam Yahudi pula, Z i o n i s t adalah sejahat² cult yg berjaya kuasai Negara dan pengaruhi dunia.

2. Dalam isu ini, saya berpegang pandangan bekas guru saya, Haji Abdul Hadi Awang, bagi ahlussunah wal jamaah berpegang bahawa Syiah itu adalah mazhab sesat, namun tetap majority penganutnya adalah muslim macam kita.

Mereka hanya lakukan dosa aqidah yg perlu bertaubat. Namun bagi kita juga, di sana tetap terdapat penganut Syiah yg sudah terkeluar daripada Islam, dan kita musuhi mereka.

3. Cuma yg pasti satu pegangan utama Syiah, sama macam Z i o n i s t adalah mereka doktrin kan amalan BERBOHONG yg wajib dilakukan, termasuklah bercakap dengan maksud yg disalah erti sebagai perisai utama untuk melepaskan diri mereka.

4. Sama macam cult GISBH. Perasan tak, apabila Mokhtar tukang cakap GISBH ditanya berkali oleh Caprice Daddycap, “adakah kamu bersetuju Abuya itu sesat?”, berbelit² dia cuba lari menjawab, dengan menyebut “itu keputusan majlis fatwa, takkan kita nak lawan majlis fatwa”.

5. Sampai ke sudah si Mokhtar tak mahu iyakan bahawa segala amalan Ashaari Mohamad itu adalah sesat dan menyesatkan penganut Arqam & Rufaqa. Last sekali dia minta Caprice tukar tajuk lain. Itu level penganut tegar cult GISBH yg berjaya sebenarnya, berbohong dengan selamba dan yakin.

6. Dalam sejarah Arqam sejak 1970an dah berkali² agensi agama panggil dan tegur kesesatan mereka. Semua dinafikan. Sekali pun dah ada buku ditulis sendiri oleh Ashaari berkaitan kesesatan mereka amalkan.

Pun masih dinafikan. Baca contoh disenaraikan oleh Ustaz Ridzwan Abu Bakar berkaitan taqiyyah mereka ~
https://www.facebook.com/share/p/6Phxo6px84wwaeCd/

7. Dalam sejarah betapa ramai pimpinan² utama Arqam lari meninggalkan kumpulan itu apabila kesesatan itu di instistusikan. Terus dimaki-hamun mereka yg lari itu sebagai manusia jahannam.

8. Lepas Khatijah Aam isteri Ashaari kena tangkap lepas dihalau daripada Saudi, pun dia nafikan segala amalan yg dia sendiri doktrinkan lepas kematian Ashaari Mohamad itu.

Sebab apa?

Sebab #taqiyyah adalah syarat utama sesebuah cult itu bergerak. Tanpa taqiyyah, tanpa pembohongan, tanpa lakonan mereka menjadi mangsa dan tak bersalah, pasti hancur segala rencana jahat mereka.

p/s –

By the way Khaulah Attamimi, lagu kamu & Fatim nyanyikan “Kesesatan Dalam Beragama” itu memang sedap, menyentuh perasaan, bahkan saya dah hafal lirik tu sejak lebih 10 tahun dulu lagi..

BACA: Abang Bomba ajar cara selamatkan diri dari ular, ikut je cara ini pasti ular lepaskan belitan