Stesen radio payung keluarga adik arman kasut original buat netizen mulut jahat gigit jari

Oleh ISMAIL YAHYA

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang budak yang dikenali sebagai adik Arman,

Ada yang diperlekehkan oleh netizen kerana tidak memakai kasut sukan asli daripada salah satu jenama terkenal.

Difahamkan, kasut sukan tersebut adalah hadiah daripada ibu adik Arman yang tidak mampu membeli kasut asli untuk anaknya.

Kasihan dengan nasib yang menimpa adik Arman, stesen radio terkenal, Era FM, telah memberikan kasut sukan baharu kepada adik Arman, yang berjaya menarik perhatian warganet.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Era.je di laman Instagram, penyampai radio Nabil Ahmad, Azad, dan Radin Amir telah membawa adik Arman dan keluarganya ke sebuah kedai kasut.

Stesen radio payung keluarga adik arman kasut original buat netizen mulut jahat gigit jari

Difahamkan, mereka bukan sahaja membelikan kasut baharu untuk adik Arman, tetapi juga membelanjakan untuk seluruh keluarga budak tersebut.

“Terima kasih Era.je kerana belanja adik Arman!”

@era.je Alhamdulillah ada sikit duit belanja sekolah tadi Pak Azad dan @candyta.hq bagi kat Arman dengan adik dia. Ingat tau pesan Uncle Nabil dengan Uncle Azad tu dik, belajar rajin-rajin. Jangan derhaka kat mak dan ayah, lepastu lebihkan mak & ayah awak. Jangan layan sangat komen-komen jahat tu. 😭 #sharERA #3PAGIERA #ERARadioNo1PalingLegit #fyp ♬ original sound – ERA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada stesen radio itu kerana prihatin dan bermurah hati membantu adik Arman mendapatkan kasut sukan baharu.

Pemberian hadiah itu secara tidak langsung dapat membalas dendam kepada netizen yang memperlekehkan adik Arman sebelum ini kerana dia tidak mampu memakai kasut asli seperti orang lain.

Terdahulu, adik Arman menarik perhatian ramai apabila memuat naik sebuah video di TikTok yang menunjukkan kasut sukan pemberian ibunya ketika berjongging. Namun, perkongsian tersebut telah dikritik oleh netizen kerana dia tidak memakai kasut sukan asli.

BACA: Anak Abuya kata GISBH tak ikut amalan sesat Al-Arqam sekali lain pula jadi bila individu ini dedah perkara sebenar