Kebanyakan tukang masak, sama ada di restoran mewah atau gerai jalanan,
Pasti lebih memilih menggunakan kuali besi atau keluli berbanding perkakas memasak lain.
Selain harganya yang lebih murah berbanding produk viral yang banyak terdapat di pasaran, kuali besi juga lebih tahan lasak.
Mereka yang biasa menggunakannya pasti menyedari perbezaan dari segi rasa dan aroma, kerana kuali besi menjadikan masakan lebih sedap dan wangi.
Namun, penggunaannya tidak begitu popular dalam kalangan suri rumah masa kini kerana dianggap sukar dijaga dan mudah berkarat.
Kini anda tidak perlu risau, melalui perkongsian Yem Bigstore di Facebook, terdapat cara mudah untuk membersihkan kuali besi supaya kelihatan berkilat dan bersinar seperti baharu.
Kaedah ini bukan sahaja mudah, tetapi juga menjimatkan masa dan kos anda.
Bahan-bahan yang diperlukan:
-Garam
-Air perahan limau
Kaedah untuk membersihkannya:
1. Masukkan tiga hingga empat sudu besar garam ke dalam kuali.
2. Campurkan kira-kira empat sudu besar air perahan limau nipis.
3. Panaskan kuali seolah-olah hendak memasak.
4. Kacau semua bahan tadi menggunakan berus dawai dan sental seluruh kuali.
5. Bilas kuali dengan air dan lihat hasil yang mengagumkan.
6. Anda juga boleh sapukan lapisan minyak nipis selepas kuali dibersihkan dan dikeringkan dengan baik.
7. Telangkupkan kuali semasa menyimpannya.
BACA: Puteri Balqis buat puisi untuk anak Fazura, sekali lain pula bila Fazura komen