Nasi lemak di Terengganu cecah RM410! Rupanya ini jenis lauk yang diberi buat ramai terkejut

Oleh ZULQARNAIN ISMAIL

Nasi lemak merupakan salah satu pilihan sarapan pagi yang digemari oleh rakyat Malaysia kerana rasanya yang enak dan mengenyangkan.

Namun, ramai peniaga kini lebih suka memvariasikan lauk-pauk yang disajikan bersama nasi lemak, bukan hanya telur goreng atau sambal paru.

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok sebuah video yang menunjukkan pelanggan membeli nasi lemak

dengan harga mencapai RM410, yang mencetuskan perbualan dalam kalangan netizen.

Menerusi akaun @juraidamamad2, wanita yang dikenali sebagai Umi Nasi Lemak itu dilihat sedang membungkus nasi lemak untuk dua orang pelanggannya.

Nasi lemak di Terengganu cecah RM410! Rupanya ini jenis lauk yang diberi buat ramai terkejut

Difahamkan, pelanggan tersebut memesan tujuh bungkus nasi lemak, dua ekor lobster, dua ekor sotong bersaiz besar, tiga ekor udang, telur ikan, telur puyuh, dan dua ketul ayam goreng.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa harga yang dikenakan untuk lobster tersebut adalah berpatutan, memandangkan harga lobster sememangnya mahal.

BACA: UAI tegur Cik Epal? Perjelas hukum bercinta dengan lelaki lain ketika masih dalam eddah