Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Melawati pagi tadi dipercayai berpunca daripada kegagalan sistem pengaliran longkang di Jalan G2 yang tersumbat.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR)
Mereka telah mengeluarkan amaran tahap bahaya kepada JKR Daerah Gombak dan Hulu Langat pada pukul 4.37 petang semalam agar mengambil langkah berjaga-jaga.
“Amaran awal ini juga telah disampaikan kepada wakil Majlis Perbandaran Ampang Jaya semalam.
“Saya juga telah mengarahkan pasukan CKC JKR untuk ke lokasi bagi mendapatkan gambaran lebih terperinci tentang situasi di kawasan terjejas,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Terdahulu, media melaporkan kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit Jalan E6 di taman tersebut, yang berlaku sekitar pukul 11.30 pagi tadi semasa hujan lebat.
Insiden itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kemalangan jiwa, dan pihak bomba masih mengawasi kawasan berkenaan berikutan terdapat pergerakan tanah di lokasi.
BACA: Menteri jawab penafian GISBH tak amal ajaran sesar buat anak pengasas Al-Arqam terkedu