‘Dah lah tak pakai tudung’ Cikgu bukan Islam mengajar jawi undang perhatian ramai

Oleh KAMARUL HISHAM ABDULLAH

Seorang guru Kristian, telah mematahkan stereotaip mengenai tulisan Jawi apabila dia memuat naik sebuah video di TikTok yang menunjukkan dia mengajar menulis Jawi dengan kemas.

Video tersebut, yang kini telah meraih lebih 1.1 juta tontonan dan 19,100 tanda suka di Facebook,

Menunjukkan Loren menulis peribahasa Melayu “Bagai aur dengan tebing” dalam tulisan Jawi.

Ramai yang terpesona dengan tulisan tangannya yang cantik dan rapi.

Loren menjelaskan melalui teks dalam video tersebut bahawa dia sedang mengajar topik tulisan Jawi kepada anak muridnya.

'Dah lah tak pakai tudung' Cikgu bukan Islam mengajar jawi undang perhatian ramai

Dalam kapsyen video itu, Loren menulis, “Saya jarang mengajar tulisan Jawi, jadi saya buat video untuk kenang-kenangan. Habis topik Jawi tahun ini, sambung tahun depan pula…”

Beliau juga menambah bahawa tulisan Jawi telah diperkenalkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid Tahun 4 sejak 2020 dan akan diteruskan hingga Tahun 6.

Menurutnya, tulisan Jawi adalah sebahagian daripada seni, warisan, dan sejarah Melayu yang perlu diketahui oleh semua rakyat Malaysia, dan beliau menyeru orang ramai agar tidak bersikap negatif terhadap tulisan bersejarah ini.

Kisah Loren ini juga mendapat perhatian daripada bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik, yang mengucapkan tahniah kepada guru tersebut kerana menunjukkan rasa hormat dan cinta kepada budaya Malaysia.

Ramai netizen memuji Loren atas keindahan tulisan Jawi yang ditunjukkannya serta kesungguhannya dalam mendidik generasi muda tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa.

Dalam ruang komen, ramai pengguna Facebook meluahkan rasa kagum terhadap Loren, terutamanya apabila seorang guru bukan Muslim dari Sabah mampu menguasai tulisan Jawi dengan begitu baik.

Selain itu, terdapat juga komen-komen lucu dari netizen lelaki yang berkata mahu belajar Jawi dengan Loren.

Apa yang dilakukan oleh Loren ini sebenarnya merupakan contoh terbaik tentang perpaduan dan semangat sebenar seorang pendidik Malaysia, yang tidak terhad oleh sempadan agama mahupun bangsa.

BACA: Sudahlah salah guna minyak masak bersubsidi, kedai makan di Melaka kantoi guna tangkal