Hukum berkaitan pemakanan, termasuk apa yang halal dan haram menurut syarak, adalah aspek penting dalam agama yang wajib diketahui oleh setiap individu Muslim.
Baru-baru ini, melalui perkongsian Muharrik Daie, beliau mengunjungi sebuah restoran dan mendapati bahawa
Pekerja restoran tersebut tidak membersihkan daging dan ayam dengan cara yang betul untuk masakan tengah hari.
Situasi ini menimbulkan isu mengenai makanan yang mungkin bernajis.
Beliau menjelaskan bahawa pekerja tersebut tidak membasuh daging, ayam, dan ikan menurut hukum agama Islam.
Bilasan terakhir seharusnya dilakukan dengan mengalirkan air dari paip atau menyiram air dari atas daging tersebut.
Tidak seharusnya hanya mengocak daging dalam besen, kerana air yang bercampur dengan darah itu akan menjadi najis dan dianggap sebagai air mutannajis dalam besen tersebut, kerana tidak memenuhi syarat dua kolah.
“Akak cuci daging, ayam, dan ikan tu tak ikut hukum. Sepatutnya bilasan terakhir tu akak kena lalukan air dari paip atau akak cucurkan air dari atas daging tu tadi. Tak boleh kocak-kocak bilas dalam besen macam tu saja, sebab air yang bercampur darah itu jadi najis dan dikira air mutannajis dalam besen itu sebab tak cukup dua kolah,” jelasnya.
“Tokey ajar macam tulah encik. Akak ikut sahajalah,” tambah kakak tersebut.
Disebabkan itu, beliau jarang makan di kedai makan kerana bimbang termakan makanan yang najis.
Jika kita tahu cara mencuci yang salah, adalah haram untuk kita memakan makanan tersebut kerana hukumnya najis.
Oleh itu, ulama menekankan bahawa jika ingin berniaga, kita juga perlu mempelajari ilmu fardhu ain.
Pekerja dan pembantu kedai perlu diajar mengenai fardhu ain agar tidak memberikan makanan yang najis kepada orang lain.
Bayangkan jika kita tidak mempelajari fardhu ain, dan kita terus memberi makanan najis kepada orang lain. Jadi, jangan hanya bijak dalam hal perkahwinan dan poligami, tetapi ilmu agama fardhu ain juga perlu diutamakan. Hati-hatilah.