Betul ke onani punca kulit naik jerawat? Doktor ini tampil beri penjelasan

Oleh GEMILANGDAILY

Masturbasi atau onani adalah aktiviti seksual yang diketahui ramai.

Ada yang mengatakan ia memberi kepuasan sama seperti hubungan seks, dan ada pula yang menganggapnya sekadar ‘pemanas badan.’

Malah, ada juga yang mendakwa bahawa onani boleh menyebabkan kulit berjerawat.

Ramai yang bimbang jika setiap kali jerawat muncul di wajah, orang lain akan menganggap ia berpunca daripada kerap melakukan onani. Menakutkan, bukan?

Namun, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Holly Singletary, seorang ahli dermatologi dari Texas, kulit berjerawat

Betul ke onani punca kulit naik jerawat? Doktor ini tampil beri penjelasan

akibat onani adalah MITOS! Walaupun ramai yang berbicara dan mempercayainya, ternyata ia bukan penyebab sebenar jerawat.

Onani sering dilakukan oleh mereka yang baru mencapai usia matang, apabila hormon seksual mula aktif.

Sebum, iaitu minyak yang dihasilkan oleh kulit untuk mengekalkan kelembapan dan melindungi daripada bakteria, adalah faktor utama. Namun, apabila terlalu banyak sebum dihasilkan, ia boleh menyebabkan pori tersumbat dan inilah punca sebenar jerawat!

Oleh itu, jerawat yang muncul sering disalah anggap berpunca daripada onani. Selain itu, perubahan hormon, terutamanya pada wanita, juga menjadi faktor kulit bermasalah. Tiada kaitan dengan onani, semuanya hanya kebetulan!

Walaupun jerawat dianggap sementara bagi sesetengah orang, bagi yang selalu mengalaminya, ia boleh menjadi masalah berterusan. Ada yang tidak pernah merasa kulit licin walaupun sehari! Ini mungkin disebabkan oleh stres berlebihan atau kurang tidur, yang menyumbang kepada kemunculan jerawat dan bintik hitam.

Antara punca lain jerawat termasuk:

-Sejarah keluarga dengan kulit bermasalah.
-Kitaran haid atau menopause.
-Pengambilan makanan tinggi karbohidrat, gula, produk tenusu, dan lemak.
-Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai, terutamanya yang mengandungi pewangi yang boleh menyebabkan iritasi.

BACA: ‘Polis Malaysia pun tak pakai dah’, Tular Proton Waja dipandu Polis England raih perhatian ramai