Pempengaruh media sosial, Fila Amir disahkan hamil selepas 5 tahun menjalani persenyawaan in vitro (IVF) dan tiub fallopio juga pernah dibuang.
Menerusi video yang dikongsi Fila Amir dan suaminya, Adama, dia telah berkongsi momen
sewaktu sedang bersedia untuk mendengar keputusan daripada pihak doktor selepas beberapa kali mencuba untuk mendapatkan cahaya mata.
Dalam video berkenaan, Fila memaklumkan yang mereka berdua sedang berdebar-debar
Dan tidak henti untuk berdoa memandangkan sudah berusaha agar impian mereka dimakbulkan oleh Allah S.W.T.
“Bismillah. Berdebar-debar. Hari yang kami tunggu-tunggu, excited dan nervous.
Dalam hati yakin InshaAllah Allah makbulkan doa kami kali ni, nak seronok tapi dalam masa yang sama, lowkey masih ada ‘trauma’ dari kegagalan yg lepas.
“Takuuttt tapi excited nak dengar apa yang keluar dari mulut Doctor. Habis segala doa dibaca. Tapi kami bertawakkal kepada Allah dengan segala apa pun,” ujarnya.
@adama_mc Bismillah. Berdebar-debar. Hari yg kami tunggu2, excited dan nervous. Dalam hati yakin InshaAllah Allah makbulkan doa kami kali ni, nak seronok tp dalam masa yg sama, lowkey masih ada ‘trauma’ dr kegagalan yg lepas. takuuttt tp excited nak dengar apa yg keluar dr mulut Doctor. Habis segala doa dibaca 😅 tp kami bertawakkal kpd Allah dgn segala apa pun. Alhamdulillah yaAllah dgn rezeki yg diberi. Doakan yg baik2 utk kami selalu InshaAllah. Terima kasih yg selalu doakan juga 🥰❤️ Terima kasih @Alhaya Fertility Centre @dr.wansyahirahObGyn ♬ original sound – FILA & ADAMA
Selepas mendapat berita bahawa proses IVF yang dijalankan mereka berjaya, Fila serta Adama dilihat begitu gembira dan sebak kerana akhirnya mereka bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
“Alhamdulillah ya Allah dengan rezeki yang diberi. Doakan yang baik-baik untuk kami selalu InshaAllah. Terima kasih yg selalu doakan juga,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut kerana bakal memperoleh zuriat sendiri selepas beberapa tahun mendirikan rumah tangga dan mengetahui pelbagai cabaran dilalui oleh mereka dalam proses untuk mendapatkan cahaya mata.
Mereka juga turut memberi beberapa nasihat kepada Fila termasuklah mendoakan agar segala urusan pasangan tersebut dipermudah sehingga proses bersalin kelak.