Malaysia memang terkenal dalam penghasilan komponen dan cip canggih untuk syarikat-syarikat teknologi besar seperti Apple.
Jika sebelum ini label “Made in Malaysia” pernah dilihat pada Mac Mini, kini pengguna internet telah mengesan
pengeluaran cip dari Malaysia untuk konsol permainan Xbox Series X versi terbaru.
Dalam gambar yang tular, kelihatan cip pemprosesan berdiameter 6nm yang canggih dengan label “Made in Malaysia” tertera padanya.
Dikhabarkan, kehadiran cip pemprosesan canggih ini dalam bentuk kompak bakal memberikan pengurusan haba yang lebih efisien kerana ia menggunakan tenaga voltan yang rendah.
Perkongsian gambar oleh seorang pengulas teknologi dari luar negara ini menarik perhatian netizen tempatan, di mana ramai yang kagum kerana Malaysia menjadi pengeluar cip canggih untuk konsol permainan terkemuka dalam dunia gaming.
Sementara itu, ramai juga yang berseloroh teringin melihat konsol Xbox ini masuk secara rasmi ke Malaysia, seperti konsol PlayStation keluaran Sony yang sudah lama bertapak di tanah air kita.
Menariknya, seorang pengulas teknologi dari Nigeria berkongsi cerita unik tentang bagaimana dia mengenali Malaysia melalui Xbox sejak kecil.
Dia mendedahkan bahawa pernah “membedah” konsol Xbox miliknya dan menemui label buatan Malaysia pada salah satu komponennya.
Hal ini membuatkan dia berhasrat untuk datang ke Malaysia kerana sangat meminati Xbox dan ingin melihat sendiri negara yang membekalkan komponennya.
Siapa sangka, dengan hanya membekalkan komponen, Malaysia mampu mempromosikan dirinya di persada dunia secara tidak langsung?
BACA: Kantoi rembat barang milik peminat bernilai RM2.5 juta, ini identiti Chef selebriti terkenal