Peguam Daim, Gurdial Singh Nijar, memaklumkan kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bahawa tertuduh tidak dapat hadir pada perbicaraan hari ini.
Namun, peguam tersebut tidak menyebut sebab mengapa Daim, yang berusia 86 tahun, dimasukkan ke hospital.
Hari ini ditetapkan untuk prosiding berkaitan permohonan pihak pendakwaan supaya
Daim menjalani penilaian mental bagi menentukan sama ada dia layak untuk dibicarakan dalam kes pengisytiharan harta.
Gurdial, yang baru-baru ini menyertai pasukan pembelaan, memberitahu hakim perbicaraan, Azura Alwi, bahawa
peguam Daim memerlukan lebih banyak masa untuk menyediakan hujah bagi membantah permohonan pihak pendakwaan untuk melakukan penilaian mental terhadap Daim.
Azura kemudian menetapkan 20 November untuk mendengar bantahan pasukan pembelaan terhadap permohonan tersebut. Hakim juga menegaskan bahawa Daim perlu menghadiri prosiding mahkamah pada tarikh itu.
BACA: