Bakal beraksi dalam Liga Selangor, kelab bola sepak Carabat FC kini milik Sharnaaz Ahmad

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Selebriti tanah air, Sharnaaz Ahmad, kini menjadi pemilik kelab bola sepak amatur, Carabat FC, yang akan beraksi dalam Liga Selangor (FAS League).

Pelakon filem Polis Evo dan Juvana ini mempunyai minat mendalam terhadap sukan bola sepak,

Dan Carabat FC ditubuhkan pada tahun ini sebagai platform untuk pemain amatur mempamerkan bakat mereka.

“Sebagai pemilik Carabat, kelab ini masih baru dalam komuniti bola sepak dengan visi yang bercita-cita tinggi

untuk memberi impak yang ketara kepada persada bola sepak Malaysia.

“Penubuhan kelab ini didorong oleh semangat kesukanan dan keinginan untuk menyediakan platform kepada pemain berbakat untuk mempamerkan kebolehan mereka.

“Dengan fokus kepada prestasi kompetitif dan pembangunan pemain, Carabat FC berazam untuk mencapai peringkat yang lebih tinggi dalam bola sepak Malaysia.

“Saya berharap kami dapat mencapai lebih banyak kejayaan dalam masa terdekat dan membuat penampilan sulung kami dalam Liga Super FAS,” katanya dalam kenyataan rasmi.

Carabat FC baru sahaja beraksi dalam satu perlawanan dan akan menentang Bangi City dalam aksi persahabatan kedua pada 19 Oktober ini di KV Arena, Shah Alam.

BACA: Selepas Tun M masuk IJN, Tun Daim pula masuk Hospital Asunta