Ikut je 6 rahsia ini, pasti anak anda pandai dan faham tulisan jawi dengan pantas!

Oleh NADIA HARON

Tulisan jawi mempunyai nilai yang sangat tinggi, terutamanya bagi umat Islam.

Ia juga merupakan salah satu identiti negara kita.

Namun, jika anda perhatikan, penggunaannya dalam kalangan generasi kini semakin berkurangan.

Siapa yang sepatutnya dipersalahkan? Ibu bapa atau anak-anak?

Memang tulisan jawi diajar di sekolah, tetapi ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memperkenalkan huruf jawi kepada anak-anak sejak usia kecil agar mereka lebih mudah mempelajarinya

Ikut je 6 rahsia ini, pasti anak anda pandai dan faham tulisan jawi dengan pantas!

Ibu bapa juga mempunyai kelebihan untuk menarik minat anak terhadap tulisan jawi kerana mereka adalah orang yang paling dekat dengan si kecil.

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu ibu bapa mendedahkan anak kepada huruf jawi.

1. Tak Perlu Ajar Huruf Jawi Mengikut Turutan

Sebenarnya, tidak ada masalah jika ibu bapa ingin mengajar anak huruf-huruf yang lebih mudah dahulu, seperti alif, dal, atau lam. Ini adalah proses pendedahan pertama mereka kepada huruf jawi.

Ramai yang berpendapat huruf jawi perlu diajar mengikut turutan, tetapi tidak mengapa jika ada turutan yang berbeza. Yang penting, anak cepat tangkap dan ingat satu huruf jawi setiap hari. Lama-kelamaan, mereka pasti akan semakin cekap dan boleh menghafal mengikut turutan!

2. Guna Sand Tray

Anda tidak perlu membazir wang untuk membeli sand tray yang mahal. Cukup cari bekas bersaiz segi empat yang agak cetek dan leper, kemudian isikan dengan pasir.

Anak boleh melukis huruf-huruf jawi menggunakan jari mereka di atas sand tray di bawah pengawasan anda. Jika ada kesilapan, anda boleh segera membetulkannya.

Aktiviti ini juga merangsang pergerakan motor dan sensori anak serta membantu mereka mengingati huruf jawi dengan lebih mudah.

3. Sediakan Ruang Khas

Jika anda boleh menghias bilik anak dengan pelbagai dekorasi, apa kata kali ini sediakan ruang khas untuk menampal poster huruf jawi.

Selain itu, anda boleh menggalakkan si kecil untuk melekatkan hasil tulisan jawi mereka di ruangan khas tersebut. Pasti menarik apabila bilik mereka mempunyai sudut pembelajaran sendiri!

4. Guna Buku-Buku yang Ada di Rumah

Ini adalah tip yang sering digunakan oleh ibu bapa kerana ia sangat mudah. Ibu bapa hanya perlu menyediakan bahan bacaan untuk anak, seperti buku yang mengandungi tulisan jawi.

5. Storytelling

Setelah anak semakin mahir dengan huruf jawi yang telah dipelajari melalui buku, anda boleh mengajaknya ber-storytelling bersama-sama. Aktiviti ini dapat mengukuhkan pemahaman dan penguasaan mereka terhadap tulisan jawi.

6. Flashcard

Salah satu cara pembelajaran yang menyeronokkan untuk si kecil adalah dengan menggunakan flashcard.

Anda boleh membeli flashcard huruf jawi di kedai buku, atau jika ingin berjimat, anda boleh membuat flashcard sendiri di rumah. Pasti mereka akan teruja!

Paling penting, jadikan proses pembelajaran itu menyeronokkan untuk anak. Dengan cara ini, mereka akan lebih bersemangat

. Pastikan mereka menyebut huruf jawi agar rupa bentuk dan sebutan yang betul dapat tersemat dalam minda si kecil anda. Mudah bagi mereka membaca tulisan jawi di sekolah nanti!

BACA: Selepas Tun M masuk IJN, Tun Daim pula masuk Hospital Asunta