Pegawai terkejut Bank diserbu Polis, rupanya tanpa sedar bekerja di bank palsu!

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Penduduk negeri Chhattisgarh dikejutkan apabila mendapati bahawa bank yang baru dibuka

Di kawasan mereka adalah palsu dan dikendalikan oleh penipu, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Bank palsu tersebut menggunakan nama bank terbesar India, State Bank of India (SBI),

Menyebabkan ramai individu yang mengalami masalah kewangan berebut-rebut untuk bekerja di sana.

Pintu Dhruve, 25 tahun, adalah salah seorang daripada enam mangsa yang berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai juruwang di cawangan tersebut.

Pegawai terkejut Bank diserbu Polis, rupanya tanpa sedar bekerja di bank palsu!

“Saya sangat memerlukan pekerjaan. Saya diminta membayar 580,000 rupee (RM29,800) untuk mendapatkan pekerjaan di sana. Saya segera membuat bayaran itu dengan meminjam wang daripada beberapa rakan,” kata Pintu.

Menurutnya, logo SBI di pintu masuk, ruang kerja seluas 93 meter persegi, serta perabot dan kaunter baharu membuatkan dia yakin bank tersebut adalah sah.

“Selama 10 hari berturut-turut, saya dan lima rakan lain datang bekerja hanya untuk ‘melihat masa berlalu’.

Pengurus cawangan biasanya masuk sekitar pukul 10 pagi (waktu tempatan) dan pulang pada tengah hari

. Namun, pada suatu hari, dia tidak datang dan kami tidak menerima sebarang maklumat.

“Tidak lama kemudian, polis datang bersama kakitangan sebenar SBI dan memberitahu bahawa tempat kerja kami adalah palsu,” tambah Pintu.

BACA: Taubat lepas di kompaun DBKL, Restoran akhirnya akur guna papan tanda Melayu sepenuhnya