Wanita bernasib malang, diberhentikan kerja selepas sehari bekerja, ini alasan majikan pecat Alice Chang

Oleh ISMAIL YAHYA

Sudah menjadi satu rantaian malang bagi seorang wanita bernama Alice Chang apabila dia beberapa kali dibuang kerja dalam bidang F&B.

Terbaru, wanita ini dilaporkan telah dibuang setelah baru bekerja di sebuah outlet Nando’s.

Perkara ini diumumkan oleh pihak Nando’s di laman Facebook rasmi mereka selepas ramai yang mempersoalkan

lantikan Alice, yang didapati mempunyai sejarah ‘hitam’ dalam pengurusan dapur.

Menerusi kenyataan yang dikongsi, pihak Nando’s mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin mengenai pengambilan Alice Chang

Wanita bernasib malang, diberhentikan kerja selepas sehari bekerja, ini alasan majikan pecat Alice Chang

sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando’s. Walaupun memerlukan sedikit masa, mereka tetap komited untuk membetulkan keadaan sebaik mungkin.

“Terima kasih atas keprihatinan anda mengenai pengambilan Alice Chang sebagai pekerja sambilan di salah satu cawangan Nando’s. Semasa proses temuduga, Cik Chang tidak memaklumkan sepenuhnya tentang sejarah kerjanya yang lalu.

“Berikutan itu, beliau telah melapor diri untuk bertugas pada hari ini dan kemudiannya memuat naik beberapa gambar kawasan sulit premis kami di akaun media sosial peribadinya, yang telah melanggar polisi syarikat,” tulis kenyataan tersebut.

Pemecatan Alice Chang adalah disebabkan dia telah melanggar polisi syarikat yang melarang memuat naik gambar kawasan sulit premis ke media sosial.

Alice didapati mengambil beberapa gambar swafoto di kawasan sekitar outlet, termasuk dalam dapur yang dipercayai lokasi sensitif untuk syarikat Nando’s, lalu dimuat naik ke media sosialnya.

Wanita tersebut telah diberhentikan serta-merta dan meninggalkan premis mereka. Untuk menjaga keselamatan semua pihak, pihak Nando’s telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan.

Dalam pada itu, pihak Nando’s menekankan komitmen mereka untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan.

“Kami komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan kami.

“Kami menghargai sokongan dan kepercayaan anda dalam membantu kami mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti,” katanya.

Sebagai penutup, mereka menghargai sokongan dan kepercayaan para pelanggan dalam mengekalkan standard perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti.

Mengikut rekod lampau, Alice Chang didakwa mempunyai sejarah perubatan yang menyatakan beliau menghidap penyakit STD yang boleh berjangkit kepada orang lain.

BACA: Azam Baki dedah bila Muhyiddin akan diheret ke pejabat SPRM isu rasuah 1BestariNet