Obses kereta jenama Malaysia, Mat Salleh ini mahu popularkan Proton Waja di Amerika

Oleh ISMAIL YAHYA

Jika sebelum ini terdapat seorang lelaki dari negara matahari terbit yang bangga dengan kereta Kelisa miliknya,

kini seorang lelaki dari Amerika Syarikat memperlihatkan kereta kebangsaan yang baru dibelinya dengan penuh keterujaan.

Semalam, Jon Coupland, seorang YouTuber automotif, berkongsi kisah mengenai pemilikan kereta terbaharu, iaitu Proton Impian yang dihasilkan oleh negara kita tercinta.

Dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, Jon menceritakan bahawa dia adalah pemilik kedua untuk kereta Proton Impian tersebut,

di mana pemilik pertamanya telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjaga “hidden gem” ini.

Obses kereta jenama Malaysia, Mat Salleh ini mahu popularkan Proton Waja di Amerika

Walaupun sudah berusia lebih 20 tahun, kereta Impian yang dimilikinya tampak seperti baru, dan menariknya, ia hanya mempunyai jarak perjalanan serendah 19,255 batu.

“Ia bermaksud ‘impian’ dalam bahasa Malaysia. Saya kini merupakan pemilik kedua Proton Impian yang cantik ini. Dikuasakan oleh enjin 1.6GLS, ia hanya bergerak sejauh 19,255 batu.

“Ray, penjaga pemilik sebelumnya, telah menggantung sarung tangan pemanduannya dan memberi kepercayaan kepada saya. Saya telah memberitahunya bahawa kami akan menjadikannya terkenal. Jangan kita kecewakan dia,” tulisnya dalam hantaran Facebook tersebut.

Untuk makluman, Proton Impian adalah model yang sama seperti Proton Waja, tetapi telah dijenamakan semula untuk pasaran Eropah. Kereta sedan ini dikuasakan oleh enjin Mitsubishi 4G18 1.6L dan menggunakan transmisi manual.

Dalam satu video yang baru dimuat naik, Jon mendedahkan bahawa dia membeli kereta sedan ini pada harga serendah £300 (kira-kira RM1,671.04 berdasarkan tukaran semasa).

Menyemak latar belakangnya, dia ternyata seorang peminat tegar jenama Proton dan memiliki koleksi beberapa kereta kebangsaan Malaysia seperti Proton Saga dalam warna putih dan hitam yang dijaga dengan rapi.

BACA: ‘Asalkan capai apa yang mereka inginkan’ Ku Li dedah perangai sebenar PAS