‘BN mampu raih banyak kerusi pada PRU16 jika..’ Zahid Hamidi dedah strategi BN PRU16

Oleh NADIA HARON

Barisan Nasional (BN) berpotensi untuk memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) akan datang,

jika gabungan itu mampu mengetepikan perkara-perkara..

Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata kejayaan ini dapat dicapai sekiranya

BN terus memperkukuhkan semangat dan mengatasi masalah dalaman antara parti-parti komponennya.

“Jika BN bekerja keras, merangka strategi pilihan raya dengan baik, dan mengenepikan masalah dalaman, walaupun di negeri yang dikuasai pembangkang,

'BN mampu raih banyak kerusi pada PRU16 jika..' Zahid Hamidi dedah strategi BN PRU16

BN masih boleh menang dengan cemerlang sekiranya kita mampu mengekalkan pendekatan ini.

“Jika kita mengetepikan perkara-perkara kecil dan kembali kepada landasan sebenar BN dengan memperkukuhkan semangat, serta pada masa yang sama pemimpin utama parti komponen mengetepikan perbezaan pendapat, saya yakin BN akan memperoleh lebih banyak kerusi dalam PRU akan datang,” katanya.

Ahmad Zahid turut mengakui bahawa, seperti parti lain, BN juga mempunyai masalahnya sendiri, namun menegaskan bahawa gabungan tersebut perlu bijak menangani dan menyelesaikan isu dalaman dengan cara yang tertutup.

“… kita perlu menguruskan perbezaan pendapat dalam ‘bilik tidur’ kita, jangan sekali-kali bawa masalah ini ke depan halaman rumah atau di luar pagar rumah kita.

“Apabila orang ramai melihat kita membawa masalah itu ke luar, ia hanya akan menjadi lebih besar. Oleh itu, menguruskan perbezaan pendapat antara kita sangat penting,” tambahnya, yang juga Presiden UMNO.

BACA: Obses kereta jenama Malaysia, Mat Salleh ini mahu popularkan Proton Waja di Amerika