Khairul Aming dedah kos percutian tahunan syarikat banyak majikan tak mampu tiru

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Khairul Aming, pemengaruh media sosial terkenal dengan produk Sambal Nyet,

baru-baru ini berkongsi tentang kos besar yang diperuntukkan untuk membawa staf kilang Sambal Nyet bercuti setiap tahun.

Dalam satu video pendek yang dimuat naik di Facebook rasmi radio HotFM, beliau menjelaskan bahawa

kos tersebut bukan hanya melibatkan perbelanjaan perjalanan, tetapi juga kerugian pengeluaran yang berlaku apabila kilangnya terpaksa ditutup selama lima hari.

Menurut Khairul Aming, terdapat dua kategori kos yang terlibat.

Khairul Aming dedah kos percutian tahunan syarikat banyak majikan tak mampu tiruKhairul Aming dedah kos percutian tahunan syarikat banyak majikan tak mampu tiru

Pertama, kos langsung untuk membawa staf bercuti, yang merangkumi penginapan hotel, makan, aktiviti, pengangkutan, serta duit poket. Kos ini dianggarkan dalam lingkungan RM200,000 hingga RM300,000.

Namun, kos yang lebih besar adalah kerugian pengeluaran yang berlaku apabila kilangnya ditutup. Anggaran kerugian pengeluaran ini mencecah sekitar RM700,000 hingga RM750,000.

Apabila digabungkan, jumlah keseluruhan kos yang terlibat hampir RM1 juta.

Khairul Aming juga menjelaskan bahawa walaupun angka ini mungkin kelihatan besar, ia adalah pelaburan yang telah ditetapkan setiap tahun untuk menghargai pekerjanya. “Saya sudah bertekad untuk meraikan staf setiap tahun,” katanya sambil menjawab soalan netizen.

Beliau juga berjanji untuk meneruskan budaya ini setiap tahun, walaupun kilangnya terpaksa ditutup sementara.

Untuk rekod, setiap tahun netizen disajikan dengan video percutian Khairul Aming bersama pekerja kilang Sambal Nyet. Tahun ini, Khairul Aming membawa stafnya menikmati percutian mewah di Pulau Pinang.

Beliau membawa 100 orang staf untuk bercuti dengan menginap di hotel yang menghadap laut dan menikmati makanan mewah. Di Instagram miliknya, Khairul Aming menulis, “Kita tutup kilang selama 5 hari untuk membawa semua 100 staf Khairul Aming bercuti di Penang.

“Semua staf dapat penginapan hotel 5 bintang dengan bilik pemandangan laut, duit poket untuk membeli-belah, bermain di escape park, parasailing, banana boat, jetski, meneroka bandar Georgetown, makan nasi kandar, makan malam mewah, dan pelbagai aktiviti lain.

“Yang penting, semua staf dapat berehat dan bercuti dengan gembira.”

Rata-rata netizen tumpang gembira melihat cara beliau menghargai pekerjanya, tambahan pula dengan status beliau yang kini menjadi salah seorang influencer terkaya di Malaysia

BACA:Stacy merajuk, tarik diri dari konsert ? tuan badan tampil dedah puncanya