Beberapa minggu lalu, seorang pemengaruh media sosial dan usahawan muda, Andika Putera, mengejutkan netizen
apabila beliau menyatakan impiannya untuk membeli Menara Tun Razak Exchange (TRX).
Tapi, agaknya berapa harga menara tersebut?
Netizen menganggap impiannya sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
Namun, seorang pemengaruh media sosial lain, Zarif Azrie, memilih untuk melihat isu ini dari sudut yang berbeza dan membuat kira-kira tentang berapa jumlah yang diperlukan Andika untuk membeli Menara TRX.
Menara TRX, yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, siap dibina pada tahun 2019 dengan kos pembinaan sebanyak RM3.4 bilion. Menara setinggi 492 meter ini merupakan salah satu bangunan tertinggi di Asia dan dimiliki oleh Mulia Property Development, anak syarikat Mulia Group dari Indonesia yang terkenal dengan projek perumahan mewah dan resort.
Menurut Zarif, jika nilai hartanah TRX meningkat sekitar 8% setiap tahun, harganya pada tahun 2024 akan mencecah hampir RM5 bilion. Namun, Andika bercadang untuk membeli menara ini 10 tahun dari sekarang, iaitu pada tahun 2034. Dengan kenaikan nilai 8% setahun, harga bangunan ini dijangka naik kepada RM10.79 bilion pada masa itu.
Namun, harga ini belum termasuk kos tambahan seperti duti setem, kos guaman, dan kos-kos lain yang mungkin mencecah RM500 juta. Jadi, anggaran keseluruhan kos pembelian Menara TRX pada tahun 2034 adalah sekitar RM10.8 bilion.
Untuk membeli bangunan ini, Andika memerlukan nilai bersih yang besar.
Biasanya, proses pembelian bangunan memerlukan nilai bersih sekurang-kurangnya 4 kali ganda daripada nilai aset yang dibeli. Ini bermakna Andika memerlukan antara RM40 bilion hingga RM62 bilion untuk melancarkan proses pembelian Menara TRX.
Walaupun angka ini kedengaran tidak masuk akal, impian besar datang dengan kos yang besar. Walaupun nampak sukar dicapai, impian Andika menunjukkan bahawa dia berani berimpian besar. Kebanyakan orang yang berjaya di dunia ini bermula dengan impian besar—dan mereka berani mengejarnya.
BACA: Lelaki buka mulut singa dengan tangan, sekali lain pula jadi bila singa..