Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah bahawa kerajaan negeri telah mengambil langkah terbaik
Dalam menyelesaikan isu melibatkan 32 peniaga di Cameron Highlands dan ia perlu dipatuhi serta dihormati.
Al-Sultan Abdullah menegaskan agar tidak ada mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan atau memburukkan keadaan,
kerana baginda telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Cameron Highlands (PKCH) mengenai status isu tersebut.
“Saya bukan hendak menyalahkan atau menuding jari kepada mana-mana pihak.
Perkara ini sudah diselesaikan mengikut peraturan.
“Saya telah mendengar mengenai proses dan pemilihannya. Kerajaan negeri telah mencari jalan terbaik untuk semua pihak, termasuk mereka yang tidak mendapat peluang ini.
“Kita cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini, contohnya, mencari lokasi lain untuk peniaga. Kerajaan negeri akan mengkaji dengan teliti lokasi yang sesuai,” titah baginda dalam hantaran di Facebook Kesultanan Pahang.
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat mendengar taklimat oleh PKCH mengenai isu dan penyelesaian bagi 32 peniaga di Cameron Highlands.
BACA: Guru qasidah didakwa ajar dua pelajar buat amang seksual