‘Tak ada orang lain ke nak berguru?’ Sesi one to one Adira dengan Andika raih perhatian netizen

Oleh ISMAIL YAHYA

Warganet meluahkan rasa kurang senang apabila penyanyi Adira Suhaimi berguru dengan pempengaruh sensasi, Andika Putera.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi dilihat fokus mendengar penerangan yang diberikan oleh Andika.

Dalam sesi “one to one” tersebut, Andika sedang menulis di atas papan putih sambil memberi penerangan kepada penyanyi berusia 33 tahun itu.

Namun, ramai warganet mempersoalkan tindakan Adira yang memilih Andika sebagai gurunya,

memandangkan pempengaruh tersebut pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga.

'Tak ada orang lain ke nak berguru?' Sesi one to one Adira dengan Andika raih perhatian netizen

“Allah.. tak ada orang lain ke nak berguru?”

“Dah kenapa macam tak ada manusia lain.. frust la.”

“Maaf tak minat bila melibatkan Andika.”

“Alamak, saya suka Adira tapi maaf sangat tak suka Andika.”

“Alahai kenapalah dengan mamat whiteboard yang suka jaja aib bekas isteri ni?”

Tidak berdiam diri, pelantun lagu Ombak Rindu itu tampil menjawab salah satu komen yang ditinggalkan, menjelaskan bahawa niatnya hanya untuk menambah ilmu.

BACA: Sultan Pahang tampil bersuara kes Cameron Highland, jangan ada pihak yang cuba ambil kesempatan