Mat rempet jatuh tersembam ketika asyik buat ‘wheelie’ memang mendapat dengan Myvi

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Pasangan muda jatuh tersembam apabila aksi lagak membuat wheelie tidak menjadi

selepas motosikal yang ditunggangi mereka merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan.

Menerusi video yang dikongsi akaun X dikenali sebagai, UpdateInfo, dapat dilihat dengan jelas

penunggang berkenaan tidak semena-mena mengangkat tayar di bahagian hadapan motosikal kapcai yang ditungganginya sebelum hilang kawalan.

Mereka yang dilihat seperti pasangan remaja bergerak bersama sekumpulan penunggang motosikal lain sebelum secara tiba-tiba membuat aksi wheelie.

Mat rempet jatuh tersembam ketika asyik buat ‘wheelie’ memang mendapat dengan Myvi

Disebabkan hilang kawalan, motosikal tersebut merempuh Myvi berwarna putih sebelum kedua-dua daripada mereka jatuh tersembam ke jalan tar.

Momen panik berkenaan telah disaksikan ramai penunggang motosikal dan beberapa daripada mereka dilihat memperlahankan kenderaan dan ada diantaranya datang membantu.

Pasangan tersebut juga seakan tidak mengalami kecederaan serius memandangkan sempat bangun dan bergerak ke bahu jalan selepas kemalangan berkenaan berlaku.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen di media sosial memandangkan kebanyakan daripada mereka mentertawakan kejadian tersebut.

Ada di antara mereka menyatakan pasangan remaja terbabit sengaja mencari perhatian yang akhirnya membawa padah serta malu selepas aksi yang dianggap hebat tidak menjadi.

Setakat ini, belum ada sebarang penjelasan tentang video tular tersebut. Lokasi serta waktu kejadian juga tidak dapat dipastikan memandangkan tiada keterangan yang disertakan dalam perkongsian video terbabit.

Apa-apa pun, lebih elok andai kita berfikir dahulu sebelum melakukan tindakan yang kurang cerdik kerana yang menanggung kesan dan akibat adalah diri sendiri.

BACA: Wajib bunuh kalau jumpa dalam rumah, ini cara kenal beza belalang dengan pelesit